Majlis Penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang

spc 2016 1Majlis Penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang (SPC) dan Sijil Sifar Cuti Sakit (SCS) bagi kakitangan Pejabat Kolej Kediaman tahun 2016 telang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun, Kampus Gong Badak pada 17 Disember 2017.

Hadir bagi menyempurnakan majlis adalah Dekan Fakulti Bahasa dan Komuniaksi, Prof. Madya Dr. Zulazhan Ab. Halim danPengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman.

Menerusi ucapan beliau, Dr. Mohd Shahril menyatakan bahawa kakitangan kolej kediaman perlulah bersikap responsive terhadap keperluan mutu perkhidmatan dan sentiasa mempertingkatkan keupayaan dari masa ke semasa. Ini untuk mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi mencapai visi jabatan.

Seramai 32 orang kakitangan kolej kediaman telah dianugerahkan sijil SPC yang dinilai berdasarkan prestasi dan khidmat cemerlang yang telah diberikan sepanjang tahun 2016. Daripada jumlah tersebut, seramai empat orang terdiri dari kumpulan Pengurusan dan Professional manakala 28 orang dari kumpulan Pelaksana. Dalam pada itu, seramai 13 orang kakitangan telah dianugerahkan sijil SCS bagi menghargai khidmat yang telah diberikan sepanjang tahun 2016 tanpa bercuti sakit.

Terdahulu, dua orang kakitangan kolej kediaman, Nurul Syaimaa Norjala dan Wan Fairul Fakhzan Wan Hassan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf yang telah dilangsungkan pada 22 Julai 2017 bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah.

spc 2016 2 spc 2016 3 spc 2016 4

Print