Kursus Pengurusan Organisasi MKK Sesi 2017/2018

kpo mkk 2017 8

Seramai 44 orang ahli Majlis Kolej Kediaman (MKK) telah berkampung selama tiga hari di Peladang Setiu Agrotourism & Resort bagi mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi Majlis Kolej Kediaman sesi 2017/2018 bermula pada 23 hingga 25 November 2017.

Kursus ini merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Pejabat Kolej Kediaman dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) setiap kali kabinet baharu MKK dibentuk.

Kursus yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli MKK tentang pengurusan organisasi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu dan mengasah bakat ahli-ahli MKK di dalam memikul tanggungjawab dan amanah di dalam mentadbir organisasi dan juga membantu di dalam penguatkuasaan Perintah Kolej Kediaman.

kpo mkk 2017 12 kpo mkk 2017 1 kpo mkk 2017 2 kpo mkk 2017 3

Sebanyak empat slot ceramah telah disediakan yang disampaikan oleh sepanjang kursus diadakan yang merangkumi topik kepimpinan, surat menyurat dan sistem fail, tatacara penyediaan kertas kerja dan laporan serta protokol dan pengurusan acara. Slot ceramah ini telah disampaikan oleh empat penceramah berwibawa dari Fakulti Pengajian Umum dan Penfdidikan Lanjutan, Pejabat Naib Canselor UniSZA dan Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA yang didahului oleh Dr. Abdullah Ibrahim, Mohd Sayuti Yahya, Mohd Syafiq Fakri Abdul Qawi serta Ahmad Termizi Ab Aziz.

Selain ceramah dan latihan dalam kumpulan yang dipimpin oleh fasilitator, para peserta turut didedahkan dengan aktiviti sukan yang menguji ketahanan fizikal dan mental dengan tujuan untuk membentuk keyakinan diri dalam menghadapi cabaran.

kpo mkk 2017 10 kpo mkk 2017 4 kpo mkk 2017 5

Sementara itu, seorang peserta Wan Nur Syazani Wan Ismail berkata, dia merasa lebih berkeyakinan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ahli MKK selepas melalui setiap aktiviti yang diadakan terutamanya water confident.

Seorang lagi peserta, Harini Harani turut sependapat dengan apa yang dikatakan oleh Wan Nur Syazani. Beliau memberitahu, selepas tiga hari berkampung disini, apa yang dipelajari amat membantu dalam melakukan perancangan aktiviti bermanfaat yang mampu menarik penyertaan semua penghuni kolej kediaman.

kpo mkk 2017 13 kpo mkk 2017 9 kpo mkk 2017 14 kpo mkk 2017 7

Print