Program Gotong-Royong Membanteras Denggi

aedes 112017 4

Kira-kira 1500 penghuni kolej kediaman Kampus Gong Badak bersama-sama menghadiri program gotong-royong bagi membanteras pembiakan nyamuk aedes pada 16 November 2017.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kolej Kediaman itu telah dijalankan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pelajar, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus.

Sebelum acara gotong-rotong dijalankan, taklimat ringkas berkenaan program tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras Kesihatan Pelajar dari Pusat Kesihatan Pelajar, Dr. Yusmina Mohd Yusof.

Bagi melicinkan lagi perjalanan program, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh kakitangan pejabat kolej kediaman dan dibantu oleh felo bertugas. Menambahkan lagi kemeriahan program, peserta yang berjaya menemui tempat pembiakan nyamuk aedes telah dijanjikan habuan berbentuk hamper.

aedes 112017 1 aedes 112017 5 aedes 112017 6 aedes 112017 2

Pegawai Pejabat Kesihatan, yang ditemui berkata, penganjuran program gotong-royong ini dipercayai mampu membantu memupuk kesedaran dalam kalangan penghuni kolej kediaman supaya menjaga kebersihan kawasan penempatan seterusnya mengelakkan pembiakan nyamuk aedes yang merupakan ejen pembawa denggi.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihak berkenaan juga perlu kerap meninjau serta membuat pemeriksaan terhadap rumah termasuk tempat air bertakung bagi mengelakkan menjadi sarang nyamuk aedes.

“Apa gunanya kediaman kita cantik tetapi tidak bersih dan menjadi tempat nyamuk aedes membiak,“jelas beliau.

Selain gotong-royong, pameran dan penerangan mengenai nyamuk aedes turut dijalankan oleh Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus.

aedes 112017 3 aedes 112017 7

Print