Pengertian Ayat 10 - 15, Surah Taha

tazkirah 12112017 0Tazkirah bulanan Pejabat Kolej Kediaman bagi bulan november telah dilangsungkan pada 12 November 2017 bertempat di Surau Thoriq. Bagi sesi kali ini, pihak kolej kediaman telah berbesar hati menjemput Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Zulazhan Ab Halim bagi menyampaikan tazkirah.

Menyentuh pengertian Surah Taha yang merangkumi ayat 10 hingga 15, penceramah terlebih dahulu membuka majlis dengan menerangkan bahawa setiap kisah di dalam al-quran mempunyai hubungkait dengan diri manusia.

Antara yang disentuh dalam tazkirah adalah peranan seorang ketua keluarga dan juga amanah dalam memikul tugas yang diberikan.

Seterusnya penceramah juga menekankan tentang kepentingan menjaga kebersihan tempat ibadat. Seperti apa yang terkandung di dalam ayat ke 12, "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci."

Islam amat menekankan aspek kebersihan dalam semua perkara. Istimewanya bagi umat Islam adalah kebersihan telah didedahkan dengan prinsip menjaga kebersihan sejak kecil dan juga merupakan tuntutan agama.

Satu lagi perkara yang disarankan oleh beliau adalah kepentingan membaca al-Quran dan memahami maksud setiap ayat yang dibaca. Al-Quran bukan hanya dibaca tetapi penurunan kitab suci itu perlu dihayati dengan mendalam setiap ayat dan perkataan agar kita lebih memahaminya kerana ia mengandungi pelbagai pengajaran termasuk suruhan dan larangan Allah SWT.

Mengulas apa yang disampaikan oleh penceramah, Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman mengingatkan setiap kakitangan agar mengambil berat tentang aspek kebersihan pejabat kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.

tazkirah 12112017 3

Print