MKK Sesi 2017/2018 Memulakan Tugas Secara Rasmi

Watikah MKK 2017 4

"Saya mengharapkan agar ahli Majlis Kolej Kediaman yang baru dilantik ini ikhlas menerima amanah serta tangggungjawab yang diberi dan bukan kerana mengharapkan kemudahan yang akan diterima."

Watikah MKK 2017 9Berikut merupakan petikan ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof, Dr. Nik Wan Omar dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Kolej Kediaman Sesi 2017/2018.

Seramai 45 orang pelajar yang mewakili lima buah kolej kediaman telah menerima watikah pelantikan sebagai ahli MKK dalam majlis yang telah dilangsungkan pada 1 November 2017, bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Kediaman Kampus Gong Badak.

Majlis Kolej Kediaman atau lebih dikenali dengan singkatan MKK memainkan peranan penting dalam membantu  menjaga kebajikan dan kesejahteraan penghuni kolej kediaman disamping itu bertindak sebagai perantara di antara dengan pihak pentadbiran kolej kediaman.

Terima kasih kepada tiga orang mantan presiden, Aziamy Abd Aziz, Mohamad Shahmi Mohamed dan Muhamad Shahrul Izzat Mat Sahid kerana dibawah kepimpinan mereka, MKK telah berjaya melangkah jauh untuk menjadi persatuan pelajar yang terpenting di UniSZA selepas Majlis Perwakilan Pelajar.

Mantan Timbalan Presiden MKK, Nur Azla Aziera A'ala dalam ucapannya menyatakan rasa bertuah kerana MKK dibantu oleh banyak pihak dalam melaksanakan sesuatu program.

"Pikullah amanah dengan ikhlas dan sekiranya terjadi perselisihan faham atau haluan, melakukan perbincangan adalah langkah terbaik kerana MKK ibarat sebuah keluarga."

Beliau turut menasihatkan agar semua ahli menjaga kecemerlangan dalam akademik dan tidak menjadikan tugas dipikul sebagai beban untuk berjaya dalam pelajaran.

Seramai 45 orang pelajar yang mewakili lima buah kolej kediaman telah menerima watikah pelantikan sebagai ahli MKK dalam majlis yang telah dilangsungkan pada 1 November 2017, bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Kediaman Kampus Gong Badak.

Bagi penggal 2017/2018, Mohd Aswan Mohd Amin telah dipilih sebagai Presiden MKK yang baru. Semoga dengan sifat kepimpinan yang dimiliki oleh beliau akan terus memastikan MKK berlayar dalam haluan yang betul untuk menjadi antara yang terbaik dikalangan universiti awam.

Watikah MKK 2017 1

Watikah MKK 2017 5  Watikah MKK 2017 2  Watikah MKK 2017 6

 

Print