Pertandingan Memasak Kolej Kediaman 2017

masak 2017 15

Seramai 26 peserta dari kalangan kakitangan dan felo kolej kediaman bersaing dalam Pertandingan Memasak Kolej Kediaman UniSZA 2017 yang berlangsung di Foyer Kolej Kediaman Kampus Gong Badak pada 28 Oktober 2017.

Urusetia Pertandingan, Asma Md Jaafar berkata, pertandingan anjuran Pejabat Kolej Kediaman itu bertujuan menimbulkan kesedaran para peserta terhadap masakan berkhasiat serta amalan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian mereka.

“Selain itu, ianya dapat memupuk minat memasak dan mencungkil bakat serta kreativiti para peserta terutamanya kaum adam dalam bidang masakan," katanya ketika ditemui sejurus selepas tamat pertandingan.

Tambah Asma, setiap kumpulan diwakili seramai dua orang dan mereka dikehendaki menyediakan menu masakan bertemakan Menu Sihat Hidangan Makan Tengahari dan dihakimi oleh tiga orang juri jemputan yang arif dalam bidang masakan.

masak 2017 14   masak 2017 2   masak 2017 9

Dalam pada itu, kumpulan WiWing yang diwakili oleh Sayani Alias dan Nurul Syaimaa Norjala berjaya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu dengan mengetengahkan menu Pecal Timun, Daging Masak Black Pepper, Salad Buah Campur, Bubur Gandum dan Air Mempelam.

Naib johan disandang kumpulan Pandan Wangi (Faridah Wahab, Azilawati Rofa) manakala kumpulan Tengok Sedap Doh (Mohd Napi Abd Rahman, Rozaidi Awang) pula mendapat tempat ketiga.

Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman dalam ucapan penutup memaklumkan, pertandingan memasak berpotensi untuk dijadikan sebagai program tahunan memandangkan sambutan yang begitu mengalakkan dan kretiviti masakan yang  mempesonakan dari kalangan peserta bertanding.

  masak 2017 12  masak 2017 6  masak 2017 8  masak 2017 13

masak 2017 16

Print