Malam Penghargaan Majlis Kolej Kediaman

Majlis Penghargaan MKK 4Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan,
Budi sedikit tidakkan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan...

Majlis Kolej Kediaman Induk UniSZA sesi 2016/2017  telah menganjurkan Malam Penghargaan MKK bagi menzahirkan ucapan penghargaan kepada barisan ahli yang telah memberikan komitmen penuh di dalam perancangan gerak kerja yang telah dijalankan.

Bertempat di Regency Waterfront Hotel, Kuala Ibai pada 26 Oktober 2017, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dr. Nik Wan Omar, Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman dan dif-dif jemputan dari Pejabat TNC HEPA dan Pejabat Kolej Kediaman.

Tentatif program dimulakan dengan bacaan doa oleh yang dipimpin oleh Muhamad Ikram Radzuan sejurus ketibaan dif-dif kehormat. Tiga persembahan pentas telah dijayakan oleh ahli MKK Kampus Gong Badak yang dimulakan dengan persembahan silat, tarian tradisional dan juga koir.

Usai santapan,  ucapan aluan telah disampaikan oleh Dr. Mohd Sahril Othman. Didalam ucapannya, beliau telah memberi galakkan kepada ahli-ahli MKK untuk terus menyambung pelajaran ke peringkat Master mahupun Phd dan mencurahkan keringat bakti kepada anak bangsa.

Seterusnya Prof. Dr. Nik Wan Omar mengambil tempat untuk memberikan ucapan penghargaan. Selaku ayahanda kepada pelajar-pelajar UniSZA, beliau melahirkan rasa syukur dengan bakat-bakat kepimpinan yang ditonjolkan oleh ahli-ahli MKK dan menzahirkan harapan agar ianya dapat terus diasah bagi mempersiapkan diri untuk mengalas tugas sebagai pemimpin di masa hadapan.

"Ini terbukti dengan pengiktirafan peringkat kebangsaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada pelajar UniSZA yang mempunyai bakat dan sifat kepimpinan yang tinggi."

Majlis diteruskan penyampaian sijil penghargaan sebagai kemuncak majlis sebelum diakhiri dengan sesi bergambar yang melibatkan para hadirin.

Majlis Penghargaan MKK 1   Majlis Penghargaan MKK 3   Majlis Penghargaan MKK 2

Print