Kursus Kepimpinan MKK Sesi 2017/2018

Kursus MKK 2017 2018 0Seramai 40 orang Ahli Majlis Kolej Kediaman (MKK) sesi 2017/2018 dari Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut telah mengikuti Kursus Evolusi Kecemerlangan bertempat di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat, Selangor.

Kursus anjuran Yayasan Himmah Malaysia itu telah dijalankan selama tiga hari bermula pada 12 hingga 14 Oktober 2017 dan telah dikendalikan oleh Coach Abdul Hafiz Mohd Isa Azmi dan Coach Muhammad Elyas.

Antara tenaga pengajar yang menyumbangkan ilmu dan tenaga adalah Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin, Prof. Dr. Izham Nayan, Ustaz Long Kechik dan Ustaz Fauzi serta dibantu seramai empat orang fasilitator.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan yang dapat memberikan ilmu dan pengalaman baru kepada pelajar yang terlibat dengan kursus tersebut. Antara aktiviti yang di adakan adalah sesi motivasi, sesi perkongsian pengalaman, solat berjemaah dan kuliah di surau serta aktiviti “outdoor” mengembara sekitar resort.

Cik Asma’ binti Md Jaafar, Penolong Pengurus Asrama dari Kolej Kediaman Perubatan telah diberi tanggungjawab sebagai pegawai pengiring sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Beliau memaklumkan, intipati kursus kepimpinan ini bertujuan untuk membina nilai-nilai kemahiran untuk berinteraksi secara proaktif, matang dan berprinsip terhadap isu-isu semasa disamping memperkasakan daya saing yang tinggi dalam menghadapi segala cabaran di setiap lapangan yang diceburi.

Kursus MKK 2017 2018 2      Kursus MKK 2017 2018 3      Kursus MKK 2017 2018 4

Print