Liqa' Mahabbah

tahlil 20092017

Pejabat Kolej Kediaman telah melaksanakan Majlis Tahlil dan bacaan Yasin sempena menyambut kedatangan bulan Muharam 1439H. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Surau Thoriq, Kampus Gong Badak telah disertai oleh pegawai dan kakitangan kolej kediaman.

Majlis dimulakan dengan pelaksanaan Solat Sunat Dhuha yang menjadi rutin kepada permulaan setiap program tazkirah yang dianjurkan. Usai solat, acara diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Pengah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman.

Seterusnya majlis diteruskan dengan tazkirah pendek yang mengetengahkan tajuk "Amalan Membaca Yasin'. Dalam penyampaiannya, Dr. Mohd Shahril telah memberi dorongan kepada para hadirin untuk menjadikan amalan membaca yasin sebagai amalan seharian.

Memetik kata-kata beliau, "Berniatlah kepada Allah agar dengan membaca surah yasin ini, aku akan diberi ketenangan diri". Hanya kepada Allah kita meminta, hanya kepada Allah tempat mengadu.

Sempena kedatangan tahun baru islam, ramai yang alpa bahawa bukan sahaja usia sahaja yang beranjak, tetapi detik-detik nafas terakhir dihembus juga semakin dekat. Ibarat seperti sehelai daun kering di rating yang menanti masa untuk gugur.

Semoga tahlil yang baru sahaja dilakukan akan mengigatkan sentiasa kita kepada kematian dan bersungguh-sungguh untuk mencari bekal sebelum dijemput pulang.

Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai sebelum bersurai.

Print