Lawatan MQA Ke Kolej Kediaman Kampus Perubatan

mqa 02Pada 2 Julai 2017, warga Kolej Kediaman Kampus Perubatan telah dikunjungi oleh enam orang panel penilai dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA).

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merupakan agensi badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang menjalankan penilaian jaminan kualiti.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menyemak dokumen Program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan ini memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan oleh MQA. Hal ini sekaligus dapat memastikan proses pengiktirafan program yang telah ditawarkan selama lapan (8) tahun ini mencapai matlamat serta standard silibus pengajaran dan pembelajaran setaraf dengan universiti perubatan lain. Penilaian ini merangkumi aspek semakan, penelitian dan pengauditan terhadap dokumen-dokumen asal.

Sesi penilaian tersebut dimulakan dengan taklimat daripada pihak Fakulti Perubatan yang diketuai oleh Dekan, Prof. Dr. Nordin Sembak, bertempat di Dewan Senat, Fakulti Perubatan. Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif turut hadir memberi ucapan aluan bagi pihak UniSZA.

Selesai sesi taklimat, satu sesi perjumpaan dengan pelajar-pelajar perubatan tahun 1 & 2 telah diadakan di Dewan Teater, Kampus Perubatan.

Mengakhiri lawatan, panel penilai telah mengadakan sesi lawatan sekitar Fakulti dan seterusnya ke Kolej Kediaman Kampus Perubatan bagi melihat kemudahan dan fasiliti yang disediakan kepada para pelajar.

Print