Taklimat Kakitangan Kolej Kediaman

Taklimat Raya

"Bila berkomunikasi dengan pelajar di kaunter, jangan terlalu ketara menggunakan dialek negeri kerana bagi kebanyakan orang dari negeri lain, gaya pertuturan orang Terengganu agak kasar bunyinya sedangkan hakikatnya tidak sebegitu."

Berikut merupakan petikan kata-kata Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman dalam sesi taklimat kepada semua kakitangan kolej kediaman Kampus Gong Badak pada 2 Julai 2017 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun.

Pertemuan kali pertama selepas sambutan hari raya aidilfitri ini diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit dan merangka kaedah penyelesaian demi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Beberapa isu telah dibangkitkan dan diberikan teguran oleh pengarah diantaranya isu yang membabitkan pengurusan masa, etika pemakaian, komunikasi dengan pelajar/pelawat dan pengurusan pejabat.

Pengarah mengingatkan agar semua kakitangan menunjukkan tatakerja yang baik kerana apa jua yang dilakukan akan sentiasa menarik perhatian Pusat Tanggungjawab (PTj) yang lain. Seandainya etika kerja tidak dilakukan betul, pasti akan menerima reaksi negatif dari PTj yang lain dan tempiasnya akan dirasai oleh setiap kakitangan kolej kediaman.

Dikesempatan yang ada, pengarah turut memaklumkan perkembangan isu semasa yang melingkari kolej kediaman dan menasihatkan agar sebarang urusan kerja haruslah berpandukan kepada SOP (standard operating procedure) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan permasalahan berulang.

Print