Singgah Sahur Di Asrama Anak-Anak Yatim Darul Akhyar

singgah sahur 4

Satu program ‘Singgah Sahur’ telah dianjurkan oleh Majlis Kolej Kediaman A bagi anak-anak yatim dan fakir miskin di Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim, Batu Rakit pada 14 Jun 2017.

Asrama Anak-Anak Yatim Darul Akhyar yang terletak di Kampung Mengabang Kapal, Mukim Batu Rakit adalah di bawah kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM ).

Menurut Pengetua Asrama, Cik Suhartini Mohamad, asrama ini menempatkan seramai 134 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim piatu dan fakir miskin berumur antara 13 hingga 19 tahun.

Pengisian program yang telah dijalankan pada hari itu ialah persediaan makanan untuk bersahur di kafe asrama baharu sebelum bertolak ke asrama tersebut pada jam 3.45 pagi.

singgah sahur 3Sebaik tiba, peserta program dengan kerjasama kakitangan Darul Akhyar telah melakukan persiapan makanan di kantin asrama sebelum sesi bersahur bersama penghuni asrama dimulakan pada jam 4.30 pagi.

Terakam satu kepuasan dan rasa gembira kepada pelajar yang menyertai program murni ini tatkala melihat wajah penghuni asrama ini menjamu juadah yang disediakan dengan berselera.

Program yang disertai seramai 13 orang ahli Majlis Kolej Kediaman (MKK) dan dua orang fero telah di akhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada pengetua asrama tersebut sebelum bertolak pulang ke UniSZA.

Program ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pelajar untuk beramah mesra dengan penghuni asrama, malah juga dapat memupuk keinsafan dan kesyukuran dalam diri pelakar sendiri.

Print