Banner Website 2017

Tilawah Al-Quran Peringkat Kolej Kediaman

tilawah quran 4Satu program islamik, “Pertandingan Tilawah Al-Quran” telah dianjurkan oleh Majlis Kolej Kediaman A dengan kerjasama Pusat Islam UniSZA pada 13 Jun 2017.

Program ini telah dijalankan di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Kediaman Kampus Gong Badak bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari.

Satu sesi taklimat pertandingan kepada peserta telah disampaikan oleh ketua juri, Ustaz Wan Fajrulhisyam Wan Abdullah sebelum pertandingan tilawah dimulakan.

Usai sahaja pertandingan, penyampaian hadiah berupa wang tunai, sijil penyertaan serta cenderahati kepada peserta telah disempurnakan oleh wakil felo kolej kediaman, Rumaina Hadjiri.

Keputusan juri menyaksikan Ku Amirul Mukminin Ku Arshad mendapat tempat pertama kategori siswa manakala kategori siswi dimenangi oleh Anis Irdini Jefferidin.

Pengarah Program, Halimatus Saadiah Abdul Wahid memberitahu, objektif program ini adalah untuk memantapkan kemahiran membaca Al-Quran di kalangan mahasiswa serta menimbulkan kesedaran di kalangan mahasiswa tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadan dengan Al-Quran.

Tambahnya lagi, “program ini juga dijadikan medan untuk menguji pengetahuan para mahasiswa serta mencungkil bakat istimewa di kalangan mahasiswa.”

tilawah quran 3 tilawah quran 2 tilawah quran 1