Banner Website 2017

Program Iftar Jamaie & Solat Hajat Perdana

Iftar Asrama Maidam 5Seramai 200 orang pelajar perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin telah menyertai program Iftar Jamaie dan Solat Hajat Perdana di Kolej Kediaman Kampus Perubatan pada 15 Jun 2017.

Program anjuran Majlis Kolej Kediaman D dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran dan berbuka puasa dengan buah tamar serta air mineral sebagai pengalas perut sebelum menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Acara ini diteruskan dengan Iftar Jamaie dimana pelajar berbilang kaum dan agama berpeluang merasai pengalaman baru berbuka puasa apabila dihidangkan juadah berbuka puasa di dalam talam (dulang) yang dikongsi bersama pelajar islam yang lain.

Program diteruskan dengan solat isyak, solat terawih solat hajat berjemaah yang diimamkan oleh Raja Ahmad Huzaifi Raja Daud. Solat hajat dilakukan bagi memohon kemudahan kepada pelajar tahun dua dan tahun akhir yang akan menduduki peperiksaan dan seterusnya diakhiri dengan jamuan moreh.

Sementara itu, Penyelaras Peogram, Aizad Syadwan Abdul Rahim memaklumkan, aktiviti ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama penghuni kolej kediaman.

"Kita bersama perlu menghayati Ramadhan dengan menonjolkan budaya saling membantu tanpa mengira kaum dan agama.”

"Apa yang menariknya, semua tetamu dihidangkan makanan di dalam talam bagi menjalinkan hubungan yang rapat sesama penghuni terutama di bulan Ramadhan yang mulia.”

Iftar Asrama Maidam 4 Iftar Asrama Maidam 1 Iftar Asrama Maidam 6