Taklimat Peraturan Kolej Kediaman

taklimat asasi 1Seramai 74 orang pelajar baharu Program Asasi Sains dan Perubatan diraikan bersempena Minggu Mesra Siswa (MMS) Sesi Akademik 2017/2018 yang berlangsung selama lima hari di Kampus Gong Badak.

Minggu Mesra Siswa merupakan acara tahunan yang diadakansetiap kali adanya kemasukan pelajar baharu asasi sains, diploma mahupun ijazah. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai latar belakang universiti ini.

Pendedahan awal difokuskan pada sistem kuliah, persekitaran universiti, perkenalan bersama para pensyarah dan pentadbir. Semua perkara ini diyakini amat penting sebelum sesi kuliah bermula ­kerana sebagai mahasiswa, mereka harus bergerak dengan lebih pantas kerana tidak akan dipantau seperti di sekolah.

Sebanyak tujuh sesi taklimat dari Pusat Tanggungjawab (PTj) yang berkaitan telah dijalankan bagi memberi lebih kefahaman pelajar baharu berkenaan peraturan dan kemudahan yang disediakan di universiti.

Mengambil slot pertama sesi Taklimat Minggu Mesra Siswa, pihak kolej kediaman yang diwakili oleh Penolong Pengurus Asrama, Alias Mat Amin telah menyampaikan taklimat berkaitan peraturan kolej kediaman.

Penekanan terhadap kepatuhan kepada peraturan kolej kediaman menjadi objektif taklimat memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh penghuni kolej kediaman sering berulang.

Dalam jenaka ada ketegasannya, Encik Alias Mat Amin telah memberi peringatan kepada pelajar baharu agar tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan oleh segelintir pelajar 'senior' demi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi di kolej kediaman terutamanya berkaitan aspek keselamatan.

taklimat asasi 2

Print