Pendaftaran Pelajar Asasi Sains & Perubatan

AsasiSeramai 26 orang pelajar lelaki dan 48 orang pelajar perempuan telah mendaftar masuk ke UniSZA bagi mengikuti Program Asasi Sains dan Perubatan bagi Sesi Akademik 2017/2018.

Pelajar yang mendaftar kali ini merupakan kumpulan kedua sejak program ini diwujudkan di mana pada sesi pengambilan sulong sebelum ini telah mencatatkan kemasukan seramai 46 orang pelajar.

Program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA adalah program fast track yang bermatlamat untuk menyediakan pelajar-pelajar lepasan SPM dengan pencapaian cemerlang untuk meneruskan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda di dalam bidang yang berasaskan perubatan, sains dan teknologi di UniSZA.

Sesi pendaftaran yang melibatkan empat buah Pusat Tanggungjawab (PTj) telah dijalankan di Foyer Kolej Kediaman, Kampus Gong Badak pada 28 Mei 2017.

Pejabat Kolej Kediaman selaku pentadbir kolej kediaman telah membuka tiga buah kaunter pendaftaran di mana dua kaunter diperuntukkan kepada pelajar perempuan dan satu kaunter kepada pelajar lelaki.

Pelajar AsasiSebanyak 37 buah bilik telah disediakan bagi menampung kemasukan pelajar baharu ini melibatkan dua buah blok iaitu Blok E dan Blok L.

Sementara itu, seorang pelajar baharu,Irman Hazeeq Ashari, 18, berasal dari Kampung Wakaf Baru, Gong Badak melahirkan rasa bersyukur apabila terpilih melanjutkan pengajian ke UniSZA.

“Saya rasa sangat gembira kerana terpilih untuk menyambung pengajian di UniSZA apatah lagi jaraknya dengan rumah saya sangat dekat,” katanya.

Print