Ikatan Ukhwah Bersama Penghuni Taman Sinar Harapan

TSH 01

Taman Sinar Harapan (TSH) merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya kategori Masalah Pembelajaran (OKU).

Selain itu, TSH juga merupakan tempat selamat untuk pelindungan khususnya kepada kanak-kanak OKU Masalah Pembelajaran di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

TSH telah mula beroperasi sejak 1994 dimana pada mulanya ia menempatkan orang-orang tua yang tiada waris dan tempat untuk berlindung sebelum ditukarkan untuk menempatkan OKU yang seawal usia bayi sehingga 17 tahun.

Dengan hasrat untuk berkongsi kesedihan dan menambah keriangan kepada penghuni TSH, Majlis Kolej Kediaman C (MKK) dengan kerjasama Majlis Mahasiswa Kolej (MMK), Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program “Ikatan Ukhwah Mahasiswa Bersama Penghuni Taman Sinar Harapan” pada 21 April 2017.

Pengarah program, Muhammad Najmi Ahmad Zaki memberitahu, objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk beramah mesra bersama golongan kurang bernasib baik dan menunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat,

Tambahnya lagi, program ini akan dijadikan program berkala MKK dan dijadikan medan untuk menjalikan hubungan baik dengan TSH dan juga Majlis Mahasiswa dari universiti-universiti tempatan.

TSH 02Seramai 10 ahli MKK dan 38 ahli MMK telah menyertai program sosial ini yang dijalankan di Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Program dimulai seawal jam 8.00 pagi dengan sesi ramah mesra di antara para fasilitator dan 30 orang penghuni TSH yang menyertai program pada hari tersebut.

Beberapa aktivti secara berkumpulan turut dilakukan dengan hasrat untuk menghadirkan keriangan di wajah penghuni yang menyertai program ini.

Namun disebalik keriangan, hati sesiapun akan tersentuh seandainya mengetahui terdapat penghuni yang hidupnya terdampar di katil kerana tidak mampu untuk bergerak. Hanya renungan mata yang seakan memberitahu bertapa mereka juga mahu menjalani hidup normal seperti mereka yang lain.

 

TSH 03   TSH 04   TCH 05

Cetak