Hari Terbuka Majlis Kolej Kediaman 2016/17

HT MKK 2Majlis Kolej Kediaman (MKK) dengan kerjasaman Pejabat Kolej Kediaman telah menganjurkan program “Hari Terbuka Majlis Kolej Kediaman 2016/17”.

Program yang melibatkan ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Kota, Kampus Besut dan Kampus Gong Badak ini telah dijalankan selama tiga hari bermula 30 Mac hingga 1 April 2017.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi memperkenalkan barisan ahli Majlis Kolej Kediaman sesi 2016/2017 disamping memberi pendedahan tentang peranan setiap ahli Majlis Kolej Kediaman kepada mahasiswa UniSZA.

Beberapa aktiviti bersama mahasiswa telah diadakan antaranya kaunter aduan pelajar, pameran mengenai kolej kediaman, sukaneka dan kuiz berkaitan kolej kediaman di mana jumlah penyertaan peserta bagi setiap aktiviti yang dijalankan amatlah mengalakkan.

Pengarah program, Wan Nurul Fatin Amalina Wan Ismail mengharapkan agar setiap aduan dan cadangan yang diterima mengenai infrastruktur dan suasana di sekitar kolej kediaman dapat diusulkan dan dibuat penambahbaikan oleh pihak pentadbiran.

HT MKK 1

Cetak