Bengkel Pemantapan Skop Fungsi & Tanggungjawab Felo

bengkel felo

Felo Kolej Kediaman memainkan peranan penting terutama dalam hal berkaitan kebajikan, keselamatan serta pembangunan pelajar. Mereka memikul tanggungjawab tanggungjawab membantu pihak pengurusan kolej kediaman menguruskan aktiviti pelajar, menjaga keselamatan, memastikan peraturan dan disiplin pelajar terkawal.

Bagi memantapkan lagi peranan yang dimainkan oleh felo, Pejabat Kolej Kediaman telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Skop Fungsi dan Tanggungjawab Felo Kolej Kediaman pada 1 April 2017 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, Kampus Gong Badak.

Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 17 orang felo dari ketiga-tiga buah kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Besut dan Kampus Perubatan dan diketuai oleh Dr. Zulazhan Ab. Halim dan Dr. Mohd Shahril Othman selaku fasilitator.

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk membangun dan mempertingkatkan felo yang berketerampilan dalam kemahiran interpersonal, intrapersonal dan ilmu kefeloan melalui program dan aktiviti yang terancang.

Selain itu bengkel ini juga turut bertujuan mengapai Visi UniSZA dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) dalam melahir dan membentuk pemimpin berbakat di mana permikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak luhur.

Antara pengisian bengkel ialah sesi ceramah Keperibadian dan Keterampilan Diri yang disampaikan oleh Ahmad Termizi Ab. Aziz, Pegawai Khas Naib Canselor dan melibatkan 2 slot bengkel yang membincangkang pemantapan skop, tugas dan tanggungjawab Felo UniSZA.

Sesi pembentangan merupakan sesi terakhir bengkel sebelum ditutup oleh Dr Mohd Shahril Othman selaku Pengarah Kolej Kediaman.

Cetak