Menghayati Malam Alunan Cinta Rasul

MCR 03Satu program yang dinamakan “Malam Alunan Cinta Rasul” telah dianjurkan oleh Majlis Kolej Kediaman A pada 22 Mac 2017 bertempat di Foyer Kolej Kediaman.

Program ini dimulakan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Read-One sebagai pembuka majlis. Tentatif program diteruskan dengan tazkirah ringkas yang bertajuk ‘Ku Dambakan Cintamu Ya Rasullulah’ oleh Imam Masjid Negeri Terengganu, Ustaz Wan Mohd Hazim Wan Mohd Hashim.

Memetik isi kandungan tazkirah yang disampaikan, Allah menyebut, "Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi (kepada umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang ingkar) dan juga penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberikan-Nya dan lampu yang menerangi." - surah al-Ahzab: ayat 45-46

Ayat ini dimulakan dengan bentuk kemuliaan daripada Allah. Dia menyeru Muhammad bin Abdullah dengan panggilan 'Nabi,' dengan tugas, dengan pangkat kenabian, pangkat yang tidak boleh dicari sendiri di atas dunia ini seperti pangkat dan kebesaran lain.

MCR 02Sekiranya ada seorang raja yang hebat, baginda akan menghantar utusan yang hebat, Begitu juga Allah, raja bagi segala raja, pastinya Dia mengutus utusan yang terbaik di kalangan hamba-Nya iaitu Muhammad, manusia yang paling baik dan mulia di kalangan manusia.

Farah Nursyifa Razali yang bertindak sebagai pengarah program memberitahu, objektif penganjuran program ini adalah untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan program ilmiah yang berbentuk pendapatan sprititual dan sentuhan agama yang dapat memberikan manfaat kepada diri dan masyarakat sekeliling.

Tambahnya lagi, adalah menjadi harapan agar program ini dapat membantu mahasiswa dalam mengisi aktiviti lapang dari aspek kerohanian dan mengetahui salasilah kisah Rasul untuk dijadikan panduan hidup, dengan harapan dapat melahirkan graduan yang berjaya dari segi pendidikan dan akhlaknya.

Program ilmiah ini diakhiri dengan alunan merdu selawat serta zikir dari kumpulan Qasidah Hadi Ar-Rukban.

Cetak