Hari Terbuka Mahasiswa Kolej Kediaman

HT MKK 2Majlis Kolej Kediaman (MKK) dengan kerjasaman Pejabat Kolej Kediaman telah menganjurkan program “Hari Terbuka Mahasiswa/I Kolej Kediaman 2017”. Program yang melibatkan ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Kota, Kampus Besut dan Kampus Gong Badak ini telah dijalankan selama tiga hari bermula 30 Mac hingga 1 April 2017.

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan barisan ahli Majlis Kolej Kediaman bagi sesi 2016/2017 disamping memberi pendedahan tentang peranan setiap ahli Majlis Kolej Kediaman kepada mahasiswa UniSZA.

Selain itu program ini turut melaksanakan beberapa aktiviti bersama mahasiswa. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membuka kaunter aduan pelajar, pameran mengenai kolej kediaman, sukaneka dan kuiz berkaitan kolej kediaman.

HT MKK 1Jumlah penyertaan peserta yang hadir membuat aduan pelajar bagi setiap kampus amat mengalakkan. Langkah ini diambil sebagai salah satu usaha bagi pihak kolej kediaman menerima aduan beserta cadangan sebagai penambah baikan pada masa akan datang.

Pengarah program, Wan Nurul Fatin Amalina Wan Ismail mengharapkan supaya setiap aduan dan cadangan yang diterima oleh ahli Majlis Kolej Kediaman diusulkan dan dibuat penambah baikan oleh pihak Kolej Kediaman.

Hari Terbuka tersebut dihasratkan dapat membincangkan hal-hal berkaitan yang disuarakan oleh mahasiswa/I UniSZA mengenai infrastruktur dan suasana di sekitar Kolej Kediaman.

Cetak