Minggu Penghayatan Islam 4.0

mpi 01

Majlis Kolej Kediaman (MKK) dengan kerjasama semua Jawatankuasa Surau Kolej Kediaman (JSKK) telah menganjurkan program Minggu Penghayatan Islam (MPI) 4.0. Program yang bersifat keilmuan dan kerohanian ini merupakan kesinambungan dari program MPI tahun lepas dan telah dijalankan selama enam hari bermula dari 23 hingga 28 Februari 2017.

Seramai empat orang penceramah dari Fakulti Pengajian Kontempori Islam yang terdiri dari Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Prof. Madya Dr. Abdul Manam Mohamad, Dr. Shafiee Hamzah dan Dr. Zurita Yusoff telah menyampaikan kuliah maghrib di surau-surau kolej kediaman.

Program diserikan lagi dengan penyampaian kuliah istimewa oleh Ustaz Muhammad Najmuddin Ulwan Mohd Hamdan, Pencetus Ummah (PU) Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Isyak dan Imam Muda Hassan Adli Yahaya.

Menambahkan lagi kemeriahan perjalanan program, beberapa pertandingan yang telah dilangsungkan merangkumi Tilawah Al-Quran, Pertandingan Khat, Gubahan dan Pertandingan Editor Poster.

mpi 03Jumlah penyertaan peserta yang amat mengalakkan dalam semua aktiviti yang dijalankan memberi bayangan bertapa mahasiswa UniSZA begitu mendambakan program bersifat islamik.

Pengarah program, Muhammad Shukrie Saifullah Ravi menzahirkan harapan agar program sebegini dapat diperbanyakkan kerana banyak memberi input pengetahuan tentang agama dan isu semasa disamping mengeratkan ukhwah sesama mahasiswa. 

MPI telah melabuhkan tirainya dengan perasmian majlis penutup oleh Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Dr. Zulazhan Ab Halim bertempat di Foyer Kolej Kediaman. Majlis itu diserikan dengan tayangan montaj MPI, persembahan nasyid kumpulan G-Heart serta qasidah di samping penyampaian hadiah kepada pemenang.

Cetak