Kursus Asas Fotografi : Teknik Menghasilkan Gambar Berkualiti

foto 3Majlis Kolej Kediaman E ( MKK E ) UniSZA, Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Asas Fotografi pada 24 Februari 2017 (Jumaat), bertempat di Dewan Serbaguna UniSZA, Kampus Besut.

Seramai 30 orang pelajar yang mempunyai minat mendalam dalam seni fotografi telah menyertai kursus tersebut yang dikendalikan oleh Encik Ahmad Shafiq Naim AHmad Kamaruddin, jurugambar berpengalaman dari Founder of Revolution Studio.

Matlamat kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan secara teori dan praktikal mengenai kawalan asas penggunaan Kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai teknik-teknik tertentu dalam menghasilkan gambar yang berkualiti. Pengisian program merangkumi ceramah tentang kamera DSLR, Shutter Aperture, ISO dan aktiviti luar.

foto 1Pengarah program, Nik Ahmad Radhi Nik Ibrahim memaklumkan, para peserta telah diajar secara praktikal mengenai kawalan kamera dan melakukan aktiviti outdoor bagi menguji tahap keberkesanan sesi pengajaran tersebut.

Sebagai nilai tambah kepada peserta kursus dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan kemudian akan dilepaskan untuk mengambil gambar-gambar yang menarik dengan kawasan yang berdekatan mengikut kreativiti masing-masing dan kemudiannya setiap gambar yang diambil akan dikritik untuk penambahbaikan pemahaman kepada peserta.

Tambahnya lagi, kursus ini juga dilihat mampu memupuk semangat kerjasama dalam berpasukan dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar dan komuniti.

 

 

Cetak