Pemeriksaan Pergigian Kepada Pelajar Dan Staf UniSZA

pergigian“Kalau 10 hingga 15 tahun dulu, Terengganu berada pada kedudukan antara negeri tertinggi mencatatkan masalah kerosakan atau kereputan gigi, namun hasil dari kesedaran semua pihak tentang kepentingan penjagaan gigi, kita berjaya mengurangkan masalah itu sebanyak 74 peratus,” Demikian kenyataan dari Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar yang dipetik dari sebuah artikel dalam akhbat tempatan bertarikh 22 Disember 2015.

Bagi meneruskan usaha membasmi masalah kerosakan gigi, Pejabat Perkhidmatan Pergigian Daerah Kuala Nerus (PKPDKN) dengan kerjasama Pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah membuka Klinik Pergigian Bergerak (KPB) di perkarangan kolej kediaman bermula dari 20 hingga 23 Februari 2017.

KPB merupakan fasiliti pergigian yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat secara outreach. Memandangkan beban penyakit pergigian yang masih tinggi, terutamanya bagi golongan dewasa, KPB adalah modaliti yang sesuai bagi meningkatkan aksesibiliti kepada rakyat, selaras dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan kesihatan.

Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan, cucian/scaling, tampalan, cabutan, rawatan salur akar gigi depan, rawatan oral medicine dan kecemasan. Perkhidmatan nasihat tentang kepentingan dan cara penjagaan oral yang berkesan juga di beri kepada pesakit (oral hygiene instruction).

Adalah menjadi harapan dengan adanya perkhidmatan bergerak ini selain pegawai pergigian yang terlatih, semua pelajar serta staf UniSZA akan mengambil peluang ini untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan gigi kerana penampilan diri menjadi lebih sempurna dan keyakinan diri akan meningkat sekiranya mempunyai gigi yang sihat dan cantik.

Cetak