Tazkirah Pagi: Hubungan Manusia Dengan Allah

 tazkirah pagi'Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit' - Firman Allah SWT di dalam Surah Ibrahim, ayat 24.

Pengertiaan ayat di atas, kalimat yang dimaksudkan adalah kalimat 'La ilaha illallah (Tidak ada Tuhan melainkan Allah)'. Dalam kehidupan ini, tiada yang boleh menolak kesusahan yang manusia hadapi melainkan Allah SWT.

Itulah apa yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Islam (INSPIRE), Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar kepada staf kolej kediaman dalam sesi tazkirah mingguan Kolej Kediaman UniSZA.

Mengetengahkan tajuk 'Hubungan Manusia dengan Allah', tazkirah pagi ini telah dilangsungkan pada 16 Februari 2017 bertempat di Surau Thoriq, Kampus Gong Badak.

Atucara program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dimana semua kakitangan kolej kediaman akan melakukan solat dhuha sebelum diteruskan dengan sesi tazkirah sebagai santapan minda dan rohani.

Dalam penyampaiannya, beliau turut mengalakkan semua staf mengamalkan zikir sebanyak yang mungkin kerana amalan berzikir itu sangat banyak fadilatnya. Antaranya ia boleh menjauhkan diri dari bersikap lalai dan lupa kepada Allah SWT, boleh meluruskan fikiran dan hati untuk terus mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, memberi ketenangan batin atau ketenteraman jiwa yakni sakinah.

Intipati program tazkirah ini berupaya memberi impak positif kepada staf dalam melaksanakan tugasan kerja dan kehidupan seharian sebagai seorang muslim muslimah.

Print