Mabit Ukhuwwah Dan Munajat Perdana

mabit ukhuwahMajlis Kolej Kediaman UniSZA (MKK) dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Habibah telah menganjurkan program Mabit Ukhuwwah dan Munajat Perdana 2 dan 3 Februari 2017 bertempat di Musolla Habibah.

Program dua hari ini berlangsung selama 13 jam bermula pukul 6.00 petang sehingga 7.30 pagi keesokkan harinya dan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti keilmuaan dan keagamaan.

Program dimulakan dengan bacaan Mathurat dan doa dan seterusnya pengenalan diri para peserta. Selepas majlis berbuka puasa, semua peserta telah melaksanakan solat secara berjemaah dan tadarus al-quran.

Slot ceramah motivasi mengambil tempat acara utama program dengan mengetengahkan tajuk 'Muslimah High Class di Akhir Zaman' yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Ustazah Siti Khatijah Ismail.

Dalam ceramah yang disampaikan, beliau menerapkan biah solehah dalam diri peserta dan berkongsi kisah wanita yang berada di zaman ini dalam untuk membantu peserta berfikir lebih matang dalam menentukan baik buruk melakukan sesuatu dalam kehidupan.

Memetik kata-kata aluan dari Pengarah Program, A'aisyah Nadhirah Wan Ahmad, penganjuran program ini bertujuan untuk mengeratkan silaiturahim dan merapatkan ukhuwah dikalangan mahasiswi tanpa mengira latar belakang mahupun program pengajian.

Katanya lagi, program ini juga menekankan aspek jasmani dan rohani melalui pengisian yang disediakan kepada  peserta yang hadir untuk menjadi seorang mukmin yang kuat.

 

 

Cetak