Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat

bacaan yasinBersempena dengan ketibaan peperiksaan akhir semester, satu program “Bacaan Yaasin dan Solat Hajat” telah dianjurkan oleh Majlis Kolej Kediaman A dengan kerjasama jawatankuasa pada 15 Disember 2016 dan berlangsung serentak di semua surau di kampus Gong Badak.

Bermula pada pukul 7 petang, program telah dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah, solat hajat dan seterusnya bacaan Yaasin.

Meneruskan program, satu sesi tazkirah telah disampaikan oleh penceramah jemputan dengan mengetengahkan topik mengenai persiapan dalam menghadapi peperiksaan dan tips yang boleh digunakan sepanjang minggu peperiksaan.

Melabuhkan tirai program, para peserta telah diberikan sekotak kismis dan sebotol air bacaan yassin sebagai bekalan untuk menghadapi peperiksaan.

Menurut pengarah program, objektif penganjuran program ini adalah untuk mengajak mahasiswa mengimarahkan surau dan masjid yang terdapat dalam kampus.

Elemen yang terkandung dalam program ini dapat membantu mahasiswa dalam aspek kerohanian sebelum mereka menduduki peperiksaan dan melahirkan graduan yang berjaya dari segi pendidikan dan akhlak.

Cetak