KUALA LUMPUR, 29 Mei 2024 – Majlis Perumahan Universiti Awam Malaysia (MAPUM), dengan kerjasama Universiti Malaya, telah menganjurkan Majlis Anugerah Bakat MAPUM (MABMA 2023) yang telah diadakan dengan jayanya pada 29 Mei 2024 bertempat di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya.
Majlis Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan kepada bakat-bakat dari Kolej Kediaman Universiti Awam (UA) yang menunjukkan kecemerlangan sepanjang tahun 2023.
Sebanyak 15 kategori anugerah telah dibuka, dengan 9 pencalonan diterima daripada UniSZA.
Tiga pencalonan daripada UniSZA telah berjaya disenaraikan sebagai 5 finalis terbaik bagi setiap kategori:
Anugerah Sukan Cemerlang Lelaki: Mohd Rozaidi Awang
Anugerah Sukan Cemerlang Perempuan: Asma’ Md Jaafar
Anugerah Pemimpin Program Sukan Terbaik: Siti Norfazerra Omar, Majlis Kolej Kediaman Sesi 2022/2023
Selain itu, Anugerah Limpahan Budi MAPUM telah disampaikan kepada En. Mohd Rasyidin Ismail, mantan Penolong Pendaftar Kanan, Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar, sebagai penghargaan atas khidmat bakti beliau selama 13 tahun sebagai ahli MAPUM.
Majlis ini diharapkan dapat terus memberi inspirasi kepada pengurusan kolej kediaman untuk terus berdaya saing dan meningkatkan mutu perkhidmatan bagi memajukan kolej kediaman di masa hadapan.