LOKASI BLOK


 

 

ALUAN PENGARAH


 


Dr w Omar

 

Selamat datang ke laman sesawang Kolej Kediaman UniSZA.

Laman ini diwujudkan bagi memudahkan warga Kolej Kediaman dan masyarakat luar untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di UniSZA amnya dan di Kolej Kediaman khususnya di samping menjadi medan untuk pihak pengurusan kolej kediaman menyampaikan maklumat kepada warga kolej kediaman.

Dalam usaha menjayakan agenda transformasi pendidikan tinggi Negara untuk meletakkan kolej kediaman IPTA setanding atau setaraf dengan kolej-kolej kediaman universiti tersohor di dunia tetapi dalam acuan Malaysia, maka pihak pengurusan kolej kediaman berusaha dengan penuh iltizam menjadikan Kolej Kediaman UniSZA sebagai sebuah penempatan pelajar yang sejahtera, selamat dan berkualiti untuk pembangunan insaniah dan pembentukan sahsiah pelajar.

Maklumat di dalam laman ini menerangkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kolej kediaman untuk dijadikan rujukan  dan panduan kepada semua warga kolej kediaman.

VISI & MISI


 

CARTA ORGANISASI



DS52 N52
DS51 N44 N41 N32 N29 N22 N19 H19 H11 N11
JUMLAH
1 1 1 2 3 4 2 3 5 3 13 1 38

Tarikh Kemaskini Data : 29/04/2024

LATAR BELAKANG


Penubuhan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) bermula dengan persetujuan yang telah dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu pada 17 Ogos 1978 bagi menubuhkan sebuah institusi Pengajian Tinggi Islam dengan nama KUSZA.

Berpaksikan falsafah "Membentuk Generasi Muslim Bertaqwa melalui Ilmu, Iman, Amal dan Akhlak", pada 27 Januari 1980, KUSZA ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan agama, khususnya kepada rakyat negeri Terangganu serta melaksanakan sistem pendidikan Islam yang lebih sistematik serta melahirkan tenaga kerja di peringkat separa ikhtisas yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta.

Sejarah asrama (nama kolej kediaman mula digunapakai pada tahun 2013) bermula pada 24 April 1981 seiring dengan penempatan sementara KUSZA di sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Hiliran, Pulau Kambing.

Setelah perletakkan batu asasnya oleh Almarhun Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 17 Mac 1981, KUSZA telah berpindah ke kampus tetap di Gong Badak seluas 144 hektar pada akhir Disember 1982. Sebanyak 22 buah bangunan asrama telah disediakan bagi menempatkan pelajar yang diterima masuk meneruskan pengajian di KUSZA.

Pada 1 Januari 2006, KUSZA secara rasminya telah dinaiktaraf kepada Universiti Darul Iman (UDM). Empat blok bangunan telah disewa di luar kampus di Kampung Tok Jembal dan Kampung Wakaf Tengah bagi menampung bilangan pelajar sementara menanti siapnya pembinaan bangunan asrama baru.

Sebuah bangunan milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) disewa di Kampung Ladang pada tahun 2007 bagi menempatkan pelajar dari Kampus Perubatan.

Dengan pertambahan bilangan pelajar masuk ke universiti, 17 buah bangunan asrama baru berkonsepkan apartment telah dibina dan dijadikan penginapan rasmi atlet bagi Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu pada tahun 2008. Pengurusan asrama juga telah dinamakan sebagai Unit Perumahan dan Kebajikan Pelajar (UPKP).

Apabila nama UDM ditukar kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 14 Mei 2010, tiga buah lagi blok bangunan asrama telah dibina dan siap sepenuhnya pada 2013 seiring dengan pembukaan kampus baru di Besut.

Pada tahun 2013 juga, UPKP telah dinaiktaraf kepada sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) dan dikenali sebagai Pejabat Kolej Kediaman UniSZA.

Bulan April 2019, selaras dengan matlamat untuk menyediakan tempat penginapan yang selesa dan persekitaran yang sihat, pengurusan tertinggi UniSZA telah membuat keputusan untuk menyatukan Kolej Kediaman dan Pusat Kesihatan Pelajar sebagai sebuah PTj dan dikenali sebagai Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar UniSZA (KKKP).