KUALA NERUS, 31 Mac – Majlis Kolej Kediaman (MKK) dengan kerjasama Geng Surau, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam, Majlis Perwakilan Pelajar dan Persatuan Mahasiswa Dakwah dan Teknologi Maklumat telah menganjurkan Festival Ramadhan Kolej Kediaman 1.0 (FesRam) bermula 9 Mac 2024 hingga 30 Mac 2024. 

FesRam yang diadakan di sekitar kolej kediaman UniSZA ini terbuka kepada semua penghuni kolej kediaman di Kampus Gong Badak.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang festival berlangsung adalah solat tarawih berjemaah, Tadarus Al-quran, Iftar with me @ PAP @foyer, Kasih Anak Yatim, Jelajah Sahur dan kemuncaknya adalah Majlis Labuh Tirai FesRam 1.0 yang turut diadakan majlia khatam quran

Festival ini mendapat sambutan yang baik daripada penghuni kolej kediaman dan komuniti luar sepertii Masjid Padang Nenas dan Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Teluk Ketapang.

Menjadi harapan komuniti luar agar program sebegini akan diteruskan di masa hadapan agar hubungan baik antara UniSZA dengan komuniti setempat dapat saling memberi manfaat antara satu sama lain