UniSZA   Telegram   Ikuti Kami

 

Soalan Lazim Tentang Perkhidmatan Kaunseling

1. Apa itu Kaunseling & Pegawai Psikologi/ Kaunselor?

Kaunseling adalah proses membantu sesoerang individu dalam memahami diri mereka sendiri, tingkahlaku, perasaan dan hubungan. Kaunseling dapat membantu seseorang tersebut mengenal pasti kekuatan diri dan menjana kehidupan dengan membuat keputusan yang baru untuk kehidupan yang lebih baik
Manakala Kaunselor / Pegawai Psikologi merupakan individu menjalankan perkhidmatan kaunseling berdasarkan kod-kod etika berdasarkan Akta Kaunselor 1998. Menjadi satu kesalahan menjalan amalan kaunseling sekiranya tidak berkelayakan.
"23. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini." - Akta Kaunselor 1998 (AKTA 580)

 

2. Apakah faktor-faktor mencari perkhidmatan kaunseling?

Mahasiswa/i mencari kaunseling untuk pelbagai tujuan tanpa limitasi. Antaranya ialah:
  • Menangani perubahan hidup
  • Memahirkan diri dalam membuat keputusan
  • Akademik
  • Kerjaya
  • Mengenal personaliti
  • Penyesuaian diri di tempat kerja dan universiti
  • Masalah perasaan dalam diri seperti kebimbangan tekanan, kesunyian, malu, takut mahupun marah
  • Kematian dan kehilangan seseorang
  • Perasaan rendah diri
  • Soalan-soalan yang sensitif dan ada nilai dalam hidup seseorang
  • Masalah dalam hubungan dengan rakan, pasangan dan orang lain
  • Gangguan seksual
  • Pengunaan alkohol dan dadah
  • Stress/ tekanan

 

3. Betulkah kaunseling itu RAHSIA ?

Perkhidmatan kaunseling memang rahsia dan segala maklumat dijaga keselamatannya. Kami tidak dapat mengeluarkan maklumat tanpa kebenaran klien. Walau bagaimanapun kerahsiaan tersebut tidak dapat dikekalkan dalam empat keadaan iaitu;
    1. Sekiranya boleh mengancam nyawa
    2. Penderaan
    3. Perintah Mahkamah
    4. Di bawah Peruntukan Undang-Undang

 

4. Adakah terdapat bayaran untuk perkhidmatan kaunseling?

Tidak, perkhidmatan adalah percuma, perkhidmatan kaunseling memang disediakan untuk semua mahasiswa/i Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

 

5. Adakah Kaunselor/Pegawai Psikologi UniSZA berkelayakan?

Ya, Pegawai Psikologi di UniSZA berkelayakan kerana merupakan pemegang Ijazah Kaunseling dan merupakan Kaunselor Berdaftar dibawah Lembaga Kaunselor Malaysia.

 

6. Bagaimana untuk membuat temujanji?

Temujanji boleh dilakukan dengan mengisi borang temujanji di Pejabat Seksyen Kaunseling dan Kerjay (HEPA) atau menhubungi 09-668 8965 (Puan Hayati Bt Hadi) untuk penempahan masa temujanji dan menghantar borang temujanji. Sesi kaunseling boleh juga terus dengan walk-in berjumpa terus kaunselor/pegawai psikologi sekiranya segera dan memerlukan.

 

7. Adakah saya perlu jadi ‘pelik’ untuk mendapatkan kaunseling?

Tidak, menghadiri perjumpaan kaunseling bukan perlu jadi ‘pelik’ dan mempunyai masalah mental. Banyak mahasiswa/i yang menghadiri kaunseling kerana mengalami pengalaman sukar ,berborak untuk kelegaan dan mencari bantuan professional untuk mengelakkan perkara semakin rumit atau sukar. Sebilangan orang berasa segan dan malu untuk berjumpa kaunselor kerana risau di label bermasalah. Hakikatnya, berjumpa dengan kaunselor boleh membantu untuk input dan memberikan kelegaan pada diri.