You are here: Home Latar Belakang

Latar Belakang

Emel Cetak PDF

Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Dalam Masyarakat Kontemporari 2013 (ISLAC 2013) merupakan kesinambungan daripada Seminar Perundangan Islam Dalam Masyarakat Kontemporari 2011 dan juga syarahan-syarahan akademik yang telah dianjurkan oleh Jabatan Syariah dalam usaha memartabatkan perundangan Islam.

Dalam kaedah fiqh Islam, hukum hakam boleh berubah dengan perubahan masa. Prinsip keanjalan dalam perundangan Islam memberi ruang yang praktikal untuk penerapan hukum dan perundangan Islam ke dalam sistem nilai dan perundangan dunia.

Dalam era pasca modernism hari ini, masyarakat Islam dunia mendepani pelbagai cabaran dan isu yang timbul sama ada melibatkan jati diri, kekeluargaan, harta, kewangan Islam, pentadbiran, pemuliharaan alam sekitar, malah konflik perundangan yang memerlukan kepada penyelesaian dan pendekatan yang bersifat holistik.

Untuk mengharmonikan isu-isu ini dengan meraikan kedudukan dan ketinggian Islam, pendekatan, penyelesaian dan resolusi yang diambil harus didasarkan  kepada hukum syara’, kaedah-kaedah fiqh, dan maqasid syar'iyyah. Ini bertepatan dengan undang-undang Islam yang bersifat dinamik, progresif, sedia berubah mengikut suasana dan keadaan selagi mana ia tidak bertentangan dengan prinsip dan matlamat syari'ah.

Bertitik tolak dari premis ini, maka dicadangkan penganjuran Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Dalam Masyarakat Kontemporari 2013 (ISLAC 2013) sebagai wahana bagi mewacanakan perundangan Islam dari pelbagai dimensi