• Utama

BENGKEL SEMAKAN SILIBUS DAN PENSTRUKTURAN SEMULA PROGRAM PENGAJIAN FRIT

FRIT 6Kuala Nerus :  Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya mengadakan satu bengkel khusus untuk menyemak silibus dan penstrukturan semula program diploma dan Ijazah pada 4 dan  5 September 2017 yang lalu di Bilik Mesyuarat FRIT, Kampus UniSZA Gong Badak.

Seramai 10 orang peserta terdiri daripada pensyarah jabatan reka bentuk perindustrian FRIT terlibat dalam bengkel tersebut yang dijalankan selama dua hari. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk penambahbaikan hasil pembelajaran, kandungan kursus, kaedah pengajaran dan  penilaian, serta melihat semula struktur program selaras dengan pertumbuhan dan perkembangan pesat teknologi semasa dalam mencapai transformasi nasional (TN 50).

Dua orang panel diundang khas untuk mengendalikan bengkel tersebut. Mereka  ia lah, Penyelaras Putra Design Nucleus, Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia, Tuan Hj Azali Abd Rahim dan Pensyarah kanan dari Universiti Teknologi Mara ( UITM ) Kampus Machang Kelantan, Prof. Madya Dr. Marzuki Ibrahim, merupakan pakar yang berpengalaman luas dalam industri reka bentuk negara. Manakala Puan Aida Othman mewakili Pusat Kualiti Akademik & E-Pembelajaran UniSZA  turut serta memantau dan menyelaras bengkel. 

Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Dekan FRIT,  Prof.  Dr. Azizah bt Endut. Pengisian kandungan program serta hasil pembelajaran diubah dan disusun agar program yang ditawarkan lebih mantap dan setara dengan pengajian yang ditawarkan oleh kebanyakan universiti dan memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang pesat di  negara kita.

FRIT 3 FRIT 4

Cetak E-mel

ISLC 2017 PLATFORM SUARA MAHASISWA REALISASI TN50

tn50 1Kuala Nerus: Seramai 350 pelajar dari Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menyertai Konvesyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Kebangsaan 2017 (ISLC 2017) yang berlangsung selama empat hari bermula 23 Ogos.

Pengarah program ISLC 2017, Muhammad Zahiruddin Ridzuan, berkata konvesyen ISLC 2017 adalah satu inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menyediakan platform kepada mahasiswa untuk menyumbang idea, pendapat dan cadangan kepada Kementerian.

“Saya yakin dan percaya suara mahasiswa adalah salah satu nadi penting kepada pembangunan sesebuah negara”

“Malah, ini juga adalah usaha kami untuk merealisasikan TN50 yang ternyata memerlukan buah fikiran mahasiswa seperti kami kerana generasi hari inilah yang akan mewarisi negara kita pada masa hadapan,” katanya pada majlis penutup dan makan malam ISLC 2017 di Dewan Al Muktafi Billal Shah, UniSZA.

Majlis penutup itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof Dato Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.

Menurut Zahiruddin, konvesyen yang bertemakan “Idealisme Mahasiswa Ke Arah Transformasi Nasional 2050” itu bertujuan untuk membentuk mahasiswa dari pelbagai UA dan IPTS yang terlibat dalam menyumbang idea secara intelektual.

“Kita yakin dengan adanya konvesyen seperti ini, ia dapat melahirkan mahasiswa yang aktif, progresif dan sentiasa menyumbang balik kepada pembangunan diri, keluarga, universiti dan negara”katanya.

Zahiruddin berkata, resolusi hasil perbincangan dari konvesyen  itu akan diangkat ke Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tindakan selanjutnya dalam usaha merealisasikan harapan dan aspirasi para pemimpin mahasiswa dalam teras-teras utama konvesyen.

“Enam teras utama kita telah bincangkan pada konvesyen ini iaitu agama, negara, belia, pendidikan, keusahawanan dan kesukarelawanan,” katanya yang juga Timbalan Presiden MPP UniSZA.

ISLC 2017 yang kali kedua itu turut menampilkan barisan toloh ternama untuk berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman mereka sepanjang konvesyen antaranya Pengerusi Yayasan Minda, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr. Ibrahim Shah Abu Shah dan Pengerusi TEKUN, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri.

tn50 2 tn50 3

Cetak E-mel

CERAPAN GERHANA MATAHARI DI USA

Berikut adalah perkongsian oleh Dr Baharrudin di USA:

Tempoh penuh gerhana kali ini selama 2 minit 3 saat boleh dilihat dari pantai barat Oregon sehingga ke Carolina di pantai timur USA. Korona merupakan lapisan atmosfera matahari yang hanya boleh kelihatan ketika gerhana matahari penuh, suhu korona. Dianggarkan 1 juta darjah celcius. Fenomena diamond ring atau cincin berlian merupakan tompokan cahaya. Terakhir matahari yang keluar melalui celah celah gunung ganang bulan. Gerhana bermula jam 9.16 pagi waktu Oregon USA dan mula penuh jam 10. 19 pagi. Fenomena kali ini berlaku di USA sahaja. Lokasi cerapan oleh kumpulan kami di Ashwood dalam negeri Oregon yg disertai juga oleh beberapa pencerap  dan penduduk tempatan.

gerhana wadi dr baharuddin usa

 

Cetak E-mel

PROGRAM SISWAPRENEUR SHOWCASE SIRI 3 TAHUN 2017

20729289 1410012815720945 8851578715995738815 nProgram Siswapreneur Showcase Siri 3 Tahun 2017 adalah anjuran daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan mempromosikan produk-produk inovasi dan keusahawanan pelajar IPT ke pasaran komersial dan lebih berdaya saing.

Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi pada 1 Mei 2017 di Piazza, The Curve Mutiara Damansara yang lalu bersempena Program Siswapreneur Showcase Siri 1 yang telah diadakan pada 29 April – 1 Mei 2017 di Piazza, The Curve Mutiara Damansara.

Program ini menghimpunkan para usahawan kategori pelajar dari pelbagai Universiti dan Kolej Komuniti. Sehubungan dengan itu, Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Pelajar telah menghantar seramai 11 orang siswa siswi UniSZA yang turut terlibat dalam program ini yang menjual pelbagai jenis produk termasuk barangan kecantikan dan makanan seperti aiskrim, keropok dan minuman.

Program ini dilihat sebagai satu medium yang amat baik dalam memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali bidang pekerjaan yang diminati dan menjadikan pelajar sentiasa berfikiran positif serta dapat berdaya saing dalam perniagaan. Sambutan yang diterima daripada pelajar-pelajar amat menggalakkan dan reaksi yang diberikan adalah positif.

Justeru, program ini dapat menjadi persiapan awal atau tindakan pro aktif yang diambil oleh pelajar untuk lebih memantapkan lagi perniagaan yang dijalankan di masa akan datang.

20729401 1410012345720992 5959445165988928159 n

Cetak E-mel

TIGA KALI DI PERSADA ANTARABANGSA

ASANI 3Kuala Nerus : Pensyarah Fakulti Reka bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Profesor Madya Dr.  Abdullah Sani Kamaluddin telah berjaya mengadakan pameran solo ketiganya pada 17 hingga 19 Julai 2017 di Universiti Trisakti,  Jakarta Indonesia.

Bertemakan  “Rumah Tradisional Terengganu, Kelantan dan Catan Kontemporari Rustic Art”, sebanyak  30 lukisan menggunakan media akrilik dan cat air dapat dipamerkan. Ini adalah kali ketiga diperingkat antarabangsa selepas beliau membuat pameran di Universiti Yala Rajabhat Thailand pada tahun lepas dan satu pameran mini di University of London sewaktu beliau membentang kertas kerja pada tahun 2013.

Perasmian pameran telah di sempurnakan oleh Timbalan Rektor Prof. Ir.Hj. Asri Nugrahanti MS, PhD diiringi bersama oleh Dekan Fakultas Seni Rupa dan Desain Dr. Ganal Rudiyanto, M.Hum Universitas Trisakti. Pihak Trisakti mengucapkan tahniah dan setinggi  terima kasih kepada UniSZA kerana ini lah pertama kali Universitas Trisakti menerima pameran solo dari luar negara.

 Beliau juga berharap agar aktiviti-aktiviti seumpama ini dapat diadakan dari masa kesemasa supaya kerjasama antara UniSZA dan Universiti Trisakti dapat diteruskan dari masa ke semasa. 

Cetak E-mel

Lebih banyak artikel...