• Utama

PELAJAR FSSG UniSZA KENALI MASYARAKAT THAILAND

thaiThailand: Seramai 117 mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai progam Cakna Komuniti selama tiga hari, bermula pada 7 hingga 9 April bertempat di Ban Aonang, Thailand.

Penyelia Program, Mohamad Hafis Amat Sinim berkata, program yang julung kali diadakan itu telah membuka minda peserta mengenai perubahan sosial yang berlaku pada masyarakat luar negara, khususnya masyarakat Thailand.

“Antara aktiviti yang diadakan adalah slot ziarah mesra antara peserta dan penduduk Kampung Aonang dan Pranang, demonstrasi masakan dan kebudayaan masyarakat Thailand.

 “Aktiviti-aktiviti ini juga telah memberi peluang kepada peserta untuk mendekati masyarakat Thailand dengan lebih dekat,” katanya.

Katanya lagi, peserta program juga tidak melepaskan peluang untuk merasai juadah masyarakat Thailand seperti “Pad Thai”, “Mueng”, aneka “tom yam”, “som tam”, “mix coconut milk”, dan “namprik pau”.

Sementara itu, peserta program, Aisyah Ramli berkata, beliau begitu teruja menyaksikan keunikan penduduk menjaja barangan di atas sampan-sampan kecil.

“Saya dapat melihat sendiri kehidupan masyarakat Thailand bersosial sambil berniaga pelbagai barangan di atas sampan-sampan kecil,”katanya.

thailand

CetakE-mel