• Utama

HEBAHAN PENGGUNAAN SISTEM e-ADUAN INTEGRITI

Assalamualaikum w.m dan salam sejahtera.

HEBAHAN PENGGUNAAN SISTEM E-ADUAN INTEGRITI

Dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pendaftar Universiti Sultan Zainal Abidin telah membangunkan satu sistem pengurusan aduan integriti secara online.

Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang aduan berkaitan integriti, tuan/puan bolehlah membuat aduan tersebut di modul berikut;

www.unisza.edu.my > PAUTAN PANTAS > e-ADUAN > e-Aduan Integriti

qr code

Bersama-sama kita berusaha menyemai dan meningkatkan nilai integriti dalam diri kita

Semoga dalam penerimaan pihak tuan/puan. 

Sekian, terima kasih.

Cetak E-mel

UniSZA CEMERLANG DI SIIF 2017

seoul4Seoul: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus unggul di persada antarabangsa apabila berjaya meraih tiga pingat Emas, tiga Perak dan dua pingat Gangsa di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2017.

Lebih bermakna lagi apabila UniSZA turut memperolehi anugerah khas menerusi produk i-Dispenser yang diketuai oleh Prof. Dr. Nasir Mohamad.

Beliau ketika ditemui berkata, i-Dispenser adalah sebuah produk yang dicipta untuk membantu mengoptimakan rawatan ketagihan dadah.

“Produk ini berfungsi secara automatik dan segala maklumat pesakit disimpan dalam pangkalan data bagi memastikan ia tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab”, katanya.

Katanya lagi, beliau bersyukur kerana terpilih untuk anugerah khas itu dan diberi peluang untuk mendedahkan ciptaan masing-masing selain menjadi batu ukuran terhadap pencapaian dalam bidang diceburi.

“Penglibatan dalam pameran ini amat penting kerana ia membuka peluang kepada pencipta untuk berkolaborasi dan saling bertukar idea serta pandangan bagi penyelidikan dan inovasi yang akan dilaksanakan pada masa hadapan”, katanya.

Pameran anjuran Korea Invention Promotion Association (KIPA) itu berlangsung selama empat hari bermula 30 November sehingga 3 Disember, di Dewan Pameran COEX, Seoul, Korea Selatan.

seoul3 seoul1 seoul2

Cetak E-mel

MAJLIS ANUGERAH DEKAN FRIT

frtk3Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) telah mengadakan Majlis Anugerah Dekan (MAD) pada hari Rabu 22 November 2017, bertempat di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak.

Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang yang dihadiri 100 orang staf FRIT dan 350 orang pelajar. Majlis Anugerah Dekan ini adalah bertujuan bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang pada semester 2, sesi 2016/2017.

Seramai 88 orang penerima Anugerah Dekan bagi Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi bagi Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi Penerima Anugerah Terbaik Fakulti dimenangi oleh Siti Naimah Solehah binti Mohd Idris, Anugerah Terbaik Program Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian oleh Wan Alif Asyraf bin Wan Nor Ruddin.

Manakala, Anugerah Terbaik Program Diploma Reka Bentuk Perindustrian dimenangi Amirul Amin bin Abd Rahim dan Anugerah Terbaik bagi ISM Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk ) oleh Siti Naimah Solehah bintI Mohd Idris. Anugerah Terbaik Diploma Teknologi Pembuatan oleh Muhammad Iqbal Ayyub bin Roslan. Selain itu, fakulti juga turut menyampaikan pemenang bagi pertandingan " SAY IT OUT LOUD" kepada pelajar yang terlibat. Seramai empat (4) pemenang yang menerima hadiah tersebut pada hari berkenaan dan majlis ini berakhir pada pukul 4.30 petang.

Selain itu, fakulti juga turut menyampaikan pemenang bagi pertandingan " SAY IT OUT LOUD" kepada pelajar yang terlibat. Seramai empat (4) pemenang yang menerima hadiah tersebut pada hari berkenaan dan majlis ini berakhir pada pukul 4.30 petang.

frtk2 frtk3 frtk4

Cetak E-mel

UniSZA DAN CELCOM JALIN KERJASAMA

11Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan bekerjasama dengan CELCOM Axiata Bhd melalui perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung pada Majlis Perasmian Karnival Industri, Keusahawanan dan Kerjaya UniSZA 2017

UniSZA telah ditandatangani oleh Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) dan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Briged Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin.

Manakala CELCOM Axiata Bhd pula ditandatangani oleh Head Corporate Responsibility & Government Relations, Saiful Bahrin Abd Ghaffar dan disaksikan oleh  Head Enterprise Business Solutions, Azmi Daud.

Pada majlis itu juga, pihak Celcom Axiata Bhd juga telah menyumbang sebanyak RM50,000 bagi program KPT – Celcom Siswapreneur Asnaf@UniSZA dan daripada jumlah tersebut akan diberikan kepada pelajar asnaf UniSZA.

UniSZA turut menerima sebuah ‘mobile booth’  dari Pihak Celcom yang akan dijadikan makmal asnaf UniSZA bagi memberi peluang kepada pelajar UniSZA untuk belajar mencari pengalaman dalam bidang keusahawanan.

44 22 33

Cetak E-mel

TANGLE OF LOVE

Pos Buntu 1Kuala Nerus :  Satu program kemasyarakatan yang dikenali Tangle of Love telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Rekabentuk Perindustrian Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ) dan Persatuan Sukabantu Universiti Teknologi  MARA ( UITM ) Cawangan Melaka pada 10 – 12 November 2017 di Kampung Sungai Buntu Raub, Pahang.

Program ini diadakan bertujuan untuk mahasiswa dan mahasiswi dapat melawat perkampungan orang asli dan mengenali budaya serta cara hidup mereka.  Memberi pendedahan kepada komuniti orang asli kepentingan pendidikan, kesihatan dan teknologi terkini.  Disamping itu mereka dapat mengiratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Pengisian program melibatkan aktiviti dengan anak anak komuniti seperti mewarna, mengajar membaca dan pelbagai acara sukan, manakala sebelah malam, diadakan majlis solat berjamaah , bacaan surah yasin dan tazkirah.

Seramai 30 mahasiswa dan mahasiswi  UniSZA dan 30 dari UITM berkolaborasi selama dua hari disana. Dua orang Penasihat/Peg wai Pengiring turut serta dalam program tersebut.  Mereka ialah Pensyarah FRIT, Dr. Ruwandy Mat Rasul dan Pegawai Latihan Vokasional  FRIT  Mohd Hazim Abdul Aziz. Manakala Persatuan Sukabantu UITM di ketuai oleh Penasihat Pesatuan, Mohamad Shafiq Senian. Tok Batin Amran mewakili komuniti Kampung Sungai Buntu.

Dengan adanya program sebegini adalah diharapkan UniSZA lebih dikenali dari dekat sebagai sebuah Universiti  Komuniti dan dapat meningkatkan kerjasama yang lebih baik antara akademia dan industri melalui pengenalan suatu model kerjasama lingkaran empat pihak mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 ( Pendidikan Tinggi ).

Pos Buntu 2 Pos Buntu 4 Pos Buntu 5

Cetak E-mel

Lebih banyak artikel...