• Utama

FSSG Anjur Simposium Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

fssg1411 2UniSZA – Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pengerusi Kesihatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri Terengganu, PERMATA Kurnia , ShowmeKids Sdn. Bhd dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah berjaya menganjurkan program Simposium Kanak-Kanak Berkeperluan Khas 2017 pada 30-31 Oktober 2017 bertempat di Dewan Perdana, UniSZA.

Program ini bertujuan untuk membincang dan membahas kepentingan dan isu-isu semasa golongan kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini. Ia dihadiri oleh pemegang-pemegang taruh yang telah memberi cadangan dan penambahbaikan pendekatan serta garis panduan berkaitan golongan tersebut.

Penglibatan KPWKM telah dapat memberi satu anjakan paradigm untuk menaiktaraf keperluan dan pendekatan kanak-kanak berkeperluan khas khususnya di Pantai Timur. Daripada resolusi dan perbincangan simposium tersebut, FSSG juga berhasrat untuk mempersiapkan langkah bagi menjadikan UniSZA sebagai hab kanak-kanak berkeperluan khas Pantai Timur 2019 selaras dengan pembukaan Hospital Pengajar di UniSZA.

UniSZA selaku universiti komuniti berharap dengan langkah berkenaan, lebih ramai ibu bapa sedar mengenai kepentingan pendidikan khas kepada kanak-kanak OKU.

Naib Canselor UniSZA, Dato’ Prof Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif, berkata dengan adanya hospital terbabit, UniSZA akan menyediakan pakar bagi membantu kanak-kanak OKU dan keluarga mereka terutama kepada ibu bapa yang tidak dapat mengenal pasti anak mereka tergolong dalam golongan itu.

Menurut Dato’ Prof. Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif  lagi, ada beberapa jenis OKU yang sukar untuk dikenal pasti oleh ibu bapa termasuk disleksia, autistik dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Justeru, ramai kanak-kanak OKU tidak didaftarkan dan mereka berkemungkinan tidak mendapat pendidikan khusus.

Program yang telah dirasmikan oleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Encik Azman Mohd Yusof mewakili YB Dato' Sri Hajah Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program selama dua hari itu mendapat penyertaan seramai 200 peserta dari negeri Johor, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Simposium yang julung kali diadakan di UniSZA itu dapat menyelami kehidupan keluarga yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas/ OKU serta berdiskusi mengenai pendekatan dan intervensi awal  untuk mengendalikan gologan itu dalam kehidupan seharian mereka.

fssg1411 1 fssg1411 3 fssg1411 4

Cetak E-mel

TAHNIAH PUTERI NURAAINA BALQIS

Aina1Sekalung tahniah diucapkan kepada Puteri Nuraaina Balqis binti Mohd Asri, pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Dengan Komunikasi, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah menerima Honorable Mention Award di Asia Youth International Model United Nation (AYIMUN) 2017 yang berlangsung pada 3–6 November 2017 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Program yang melibatkan 600 orang peserta daripada 32 buah negara ini telah dianjurkan oleh Indonesia Global Network, sebuah pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama Event Organizer MICE (Meeting, Incentive, Convention and Exhibition). Penganjuran program ini adalah bertujuan mengumpul belia daripada seluruh dunia untuk bekerjasama dalam gerakan sosial, perniagaan, teknologi dan budaya serta untuk mengenali antara satu sama lain demi membawa perubahan kepada dunia yang lebih baik.

Program bertaraf antarabangsa ini juga dianjurkan untuk membina kemahiran kepimpinan golongan belia dari pelbagai negara. Ia juga merupakan membuka peluang bagi para peserta untuk mengenali, menghargai dan menyokong antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi.

Selain itu, program ini merupakan satu bentuk simulasi akademik yang memberi peluang kepada peserta untuk merasai cara dan kaedah yang digunakan oleh pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam membuat dasar bagi sesuatu agenda. Simulasi ini melibatkan peraturan, prosedur dan aliran kerja antara delegasi antarabangsa, lembaga eksekutif dan pihak media antarabangsa. Semua agenda yang ditugaskan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar prasiswazah mahupun pascasiswazah pelbagai latar belakang akademik kemudiannya dibentangkan dalam sesi perdebatan ala parlimen yang berkualiti dan menarik.

Putri Nuraaina Balqis telah ditugaskan untuk mewakili delegasi negara Cameroon dalam Majlis UNESCO dan membentangkan agenda berkenaan pemeliharaan warisan budaya dengan tajuk ‘The Involvement of Society in Preserving Cultural Heritage’. Menurut beliau, program ini telah membuka mata dan minda beliau dalam memahami mekanisme yang digunakan oleh PBB dalam menentukan sesuatu dasar. Beliau juga sangat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pihak keluarga, fakulti dan universiti serta ADUN Kamunting, YB. Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid yang merealisasikan penglibatan beliau dalam program ini.

Aina2

Cetak E-mel

“ENRICH MY ENGLISH LANGUAGE” (EMEL) PROGRAMME - AN AGENT OF CHANGE IN MASTERING ENGLISH AMONG STUDENTS AT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

sir7The inaugural programme of “Enrich My English Language” or EMEL was officially launched by Deputy Vice Chancelor (Academic and International), the honourable Profesor Dr. Mahadzirah binti Mohamad on 12 October 2017.  EMEL is a manifestation of one of the English flagship programmes in Malaysia, and is also one of the English programmes organized by the Faculty of Languages and Communication (FBK) for UniSZA’s English Ecosystem. This programme aims at producing students who can use English language confidently in both academic and occupational sectors, as well as enhancing their interpersonal skills in dealing with the society at large by using English.

The top management of UniSZA has commissioned the FBK, in collaboration with the Faculty of General Studies and Advanced Education (FUPL), to establish a programme to meet the above objectives. With the full support of the university management and a good collaborative work from the two faculties, four modules were produced to cater for the need of the students in improving their English language. The four modules are Public Speaking, English on Campus, English for Fun, and English in Action.

There are 120 undergraduate students as participants from the seven faculties of Universiti Sultan Zainal Abidin, in which their selection is based on the Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). The programme lasts for 12 weeks, starting from 21 September till 14 December 2017, every Thursday at 2 to 5 pm. Throughout the programme, the participants will be facilitated by 64 highly competent and well-trained facilitators from semester three and five degree students majoring  in  Bachelor of English with Communication at FBK. They had undergone a rigorous and comprehensive training programme called “Training of Trainers” (ToT) on 13 and 14 September 2017 before, a week before the programme started.

In order to ensure the progress and participants’ achievements, an assessment is also administered at the end of every session. A thoroughly assessed assessment form is distributed to participants in order to get some feedback on the activities held from the perspectives of the activities conducted, the effectiveness and resourcefulness of the facilitators in conducting the activities and above all, to get some suggestions and recommendations from the participants on how to improve this programme in the future.

As highlighted by the UniSZA’s deputy vice chancellor during the launching ceremony of this EMEL programme, the participants of this programme are expected to take on a role as ‘agents of change’ among UniSZA students to practice and use English as it is often considered as difficult to be acquired. In this way, other students will be moved to use English at all times and situations. Indeed, by organizing this fun and joyful English programme in a non-threatening environment, it will become a catalyst for other university students to join this programme in future, thus fulfilling the hope and desire of the university to develop excellent human capital, especially in the mastery of the English language.

Let’s join us. English is Fun.

sir3 sir2 sir1

Cetak E-mel

UniSZA Raih 26 Pingat di PECIPTA 2017

 

pecipta6Kuala Nerus: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya meraih 5 pingat emas, 5 pingat perak dan 16 pingat gangsa di Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA’17), semalam.

Produk CanDi: A Malaysian-Tailored Dietary Smartphone App for Cancer Patients and Survivors hasil ciptaan penyelidik UniSZA dari Fakulti Farmasi & Fakulti Sains Kesihatan turut mendapat Anugerah Special Award dan membawa pulang RM 500.

Hadiah disampaikan oleh Ketua pengarah Pengajian Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir sekaligus menyempurnakan majlis penutup PECIPTA, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.

PECIPTA 2017 yang berlangsung selama 3 hari bermula 7 Oktober itu dihadiri lebih 12,000 pengunjung dari dalam dan luar Terengganu.

Sebanyak 416 produk dipamerkan sepanjang PECIPTA 17 yang membabitkan 20 penyertaan dari Universiti Awam (UA), 20 IPT Swasta, 7 buah politeknik dan 2 buah Kolej Komuniti .

Bertemakan Memupuk Usahawan Menerusi Pendidikan, Industri, Teknologi dan Inovasi Sosial, PECIPTA 17 adalah acara dwi-tahunan yang dianjurkan secara bersama di antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)  dan UA, sejak tahun 200.

Pada penganjuran kali ini,  UniSZA dan  Universiti Malaysia Terengganu (UMT) adalah UA yang dipertanggungjawab sebagai penganjur bersama.

 pecipta1 pecipta2  pecipta3 pecipta5 pecipta7  pecipta4   

 

Cetak E-mel

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR BAHARU KEMASUKAN IJAZAH SARJANA MUDA FRIT

mesra 1Kuala Nerus - Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) telah mengadakan satu perjumpaan bersama pelajar baharu pada 9 September 2017 di Dewan Auditorium, Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.

Perjumpaan tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Dekan, FRIT iaitu YBrs. Prof. Dr. Azizah bt. Endut yang telah menyampaikan amanat dan hasrat beliau bagi melahirkan graduan FRIT yang berjaya kelak. FRIT menerima seramai 73 orang pelajar baharu yang terdiri daripada 47 orang di bawah Program Reka Bentuk Perindustrian dan 26 orang di bawah Program Teknologi Pembuatan. 

Perjumpaan tersebut turut disertakan sesi taklimat oleh Pengurusan FRIT yang terdiri daripada Timbalan Dekan (HEPA), Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah) dan Ketua Pusat Pengajian bagi kedua-dua program. Program ini merupakan acara wajib yang diadakan pada setiap sesi kemasukan bagi memperkenalkan dan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai fakulti secara umumnya dan program-program yang terdapat di fakulti.

Selain itu juga, pelajar turut dimaklumkan mengenai arahan-arahan dan prosedur yang terpakai di fakulti. Melalui amanat Dekan, FRIT, beliau turut menyatakan ciri-ciri untuk menjadi pelajar yang berjaya iaitu antaranya, tidak meninggalkan solat, menghargai masa, berdisiplin, menghormati antara satu sama lain, sentiasa mencari ilmu dan pandai mengambil peluang. Ini kerana, FRIT bukan sahaja ini melahirkan pelajar yang hanya berjaya dalam bidang akademik, tetapi ingin melahirkan pelajar yang holistik dan berketrampilan.

mesra 2 mesra 3

Cetak E-mel

Lebih banyak artikel...