Berita

145 Kakitangan UniSZA Terima APC

WhatsApp Image 2019 04 22 at 14.47.55Kuala Nerus – Seramai 145 kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 sempena Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor dan Anugerah Kecemerlangan Staf 2018.

Penghargaan yang diberi setiap tahun kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi terbaik merupakan satu lagi galakan kepada kakitangan lain untuk bersaing sihat. Penerima anugerah daripada pelbagai pengurusan dan bidang itu dinilai berdasarkan sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata majlis berkenaan juga menjadi pemangkin untuk mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan warga kerja UniSZA.

“UniSZA telah hampir 40 tahun  dan sudah tiba masanya kita semua bersatu hati secara kolektif dalam membuat persediaan ke arah kedewasaan UniSZA dengan lonjakan yang lebih baik”

“Semua warga UniSZA perlu memperkasa potensi diri secara seimbang dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek supya ada jati diri, identiti unggul dan sentiasa berkeyakinan bagi melonjakkan universiti tercinta ini ke tahap lebih baik dan cemerlang”, katanya ketika berucap pada majlis yang berlangsung di Dewan Al Muktafi Billal Shah, UniSZA Kampus Gong Badak, di sini.

Beliau menyeru supaya warga UniSZA memahami dan menghayati sejarah serta falsafah penubuhan universiti agar sentiasa di atas landasan yang betul dalam memelihara amanah perjuangan ilmu dan peradaban.

Sementara itu, dalam majlis sama turut disampaikan beberapa anugerah lain iaitu Anugerah Akademik Universiti, Pensyarah Tamat PhD Dalam Tempoh, Anugerah Royalti Buku Tertinggi dan Anugerah Kecemerlangan Sukan Staf 2018.

Manakala, Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Prof Madya Dr. Radzuwan Ab. Rashid menerima Anugerah Akademik Harapan berserta nilai anugerah RM3,000 dan sijil penghargaan.

Turut menerima anugerah adalah Profesor Dr. Harmy Mohamed Yusoff dari Fakulti Perubatan (FP) bagi Anugerah Tokoh Akademik sekaligus menerima RM5,000 berserta sijil penghargaan.

WhatsApp Image 2019 04 22 at 14.47.551

Cetak E-mel

UniSZA, YDSM Bantu Pelajar B40

WhatsApp Image 2019 04 22 at 09.49.55Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama strategik Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) sekali lagi melakar sejarah dalam bidang pendidikan dan muncul sebagai perintis dalam menyediakan tempat kepada pelajar-pelajar B40 Terengganu untuk melanjutkan pengajian di UniSZA melalui pengambilan kedua.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pihaknya menawarkan 18 peratus tempat kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah iaitu RM3,000 ke bawah dan miskin, anak orang asli dan orang kurang upaya untuk menyambung pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui kemasukan laluan khas yang disediakan oleh Universiti.

Katanya, program kemasukan laluan khas kepada isi rumah di bawah RM3,000 itu dikenali sebagai 'Bottom 40%' (B40) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk dilaksanakan oleh universiti awam (UA).

" Ia umpama memberi peluang kedua kepada kumpulan pelajar ini untuk melanjutkan pengajian di UniSZA dan pihak kami telah mengenalpasti anak-anak B40 ini yang ada peluang untuk menuntut di Universiti tapi agak terbatas melalui YDSM.

"YDSM akan mengumpul maklumat anak-anak B40 yang ada peluang ini dengan kerjasama agensi-agensi seperti Yayasan Islam, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT),"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) di YDSM di Istana Badariah, Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Pada upacara yang disaksikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut, YDSM diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Dato’ Mohd Fadzli Yusof, manakala UniSZA diwakili Naib Canselor, Prof. Dato'Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Tambahnya, melalui kolaborasi dengan YDSM yang sentiasa prihatin dengan nasib anak-anak Terengganu, pihak UniSZA akan mempertingkatkan lagi kemasukan mereka.

"Kita akan tingkatkan dari semasa ke semasa, dari 18 peratus kepada 20 peratus kemasukan anak-anak B40 dan selepas dua tahun berikutnya kepada 22 peratus dan mencapai 25 peratus.

"Kita akan beri peluang kepada anak-anak B40 untuk menyertai pendidikan dengan YDSM sebagai payung untuk bantu anak-anak ini,"kata Dr. Hassan Basri.

Jelasnya, selain memberi dan membuka peluang kepada mereka untuk memasuki Universiti, pihak UniSZA juga akan membantu anak-anak yang berpotensi tetapi tidak mencapai tahap minima melalui program branding.

"Mana-mana yang berpotensi tetapi kurang sikit, kita akan usaha bantu...maksudnya masuk lewat sikit atau awal dengan kawalan dari pihak UniSZA supaya kualiti akademik tidak terabai.

"Kita maklum bahawa kemasukan anak-anak B40 ini adalah melalui laluan khas dan bukan dengan laluan trek biasa jadi tidak perlu bersaing dengan rakan yang lebih baik cuma ikut dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah dilaksanakan," kata beliau.

WhatsApp Image 2019 04 22 at 09.49.56

Cetak E-mel

UniSZA Jalin Kerjasama Dengan YKN untuk Bina Bangunan Anjung Kasih

YKN1Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melalui tandantangan Memorandum Persefahaman (MoU), hari ini. Kerjasama berkenaan adalah bagi membina Anjung Kasih YKN dalam kawasan Hospital Pengajar UniSZA bagi manfaat bersama dan untuk kemaslahatan masyarakat.

Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Basri Hassan Awang Mat Dahan, berkata Anjung Kasih UniSZA yang bakal ditubuhkan itu akan menjadi model terkini di mana menggabungkan tanggungjawab sosial dan terapi holistik pertama di Malaysia ‘Anjung Kasih ini akan menjadi transit kepada pengiring pesakit yang kurang mampu. Dan insyallah ianya bakal disiapkan bersama Hospital Pengajar UniSZA’, katanya ketika Majlis Penyampaian Tajaan & Tandatangan Memorandum di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. Selain UniSZA, sebanyak 12 rakan strategik yang terdiri daripada GLC,  Syarikat Korporat, Institusi Kewangan, NGO dan juga individu turut menjalinkan kerjasama dengan YKN.

Dato Seri Dr Wan Azizah berkata, melalui kerjasama dan sokongan itu, YKN telah dapat melaksanakan pelbagai projek yang memberi perkhidmatan
secara terus kepada masyarakat melalui pengwujudan lima buah Anjung Singgah, enam buah YKN Dialisis dan 10 buah Anjung Kasih di seluruh negara.

Tambahnya lagi, jalinan kolaborasi yang dijalinkan antara YKN bersama-sama rakan strategic YKN ini dapat memperkasakan komuniti untuk meningkatkan taraf hidup golongan sasar ykn terutama sekali bagi mereka yang memerlukan bantuan.

YKN2 WhatsApp Image 2019 04 15 at 13.44.15

Cetak E-mel

Persatuan Alumni UniSZA Adakan Perjumpaan dengan LPU UniSZA

Alumni11Mesyuarat Agung Persatuan Alumni UniSZA yang diadakan di Bangi Convention Center, Selangor pada 6 Mac 2019 Jam 10 Pagi.

Mesyuarat pada kali turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Naib Canselor UniSZA, Prof.Dato' Dr.Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Ahmad Shukri Yusoff dan Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Bin Salleh.

Cetak E-mel

UniSZA Universiti Pertama Lancar Sistem Daftar Aset Wakaf

wakaf22KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melangkah setapak lagi dalam pengurusan wakaf pendidikan apabila melancarkan sistem daftar aset wakaf UniSZA dan menjadi institusi pendidikan pertama di Malaysia yang memperkenalkan inisiatif ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sistem itu merupakan satu pangkalan data yang lengkap, tepat dan terkini berkaitan sumbangan wakaf dalam bentuk bukan tunai.

“Dengan adanya sistem ini, ia memudahkan pengesanan dan pemantauan aset wakaf untuk memelihara kelestarian sifat, bentuk dan kebolehgunaannya”

“Dalam masa yang sama, sistem ini memudahkan penyelenggaraan, penggantian, pelupusan dan hapus kira sesuatu aset wakaf”, katanya pada masjlis pelancaran bersempena program Munaqasyah Ilmu Pengurusan Wakaf Pendidikan anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA dan Pusat Islam UniSZA;

Menurut Prof Hassan, inisiatif itu bertitik tolak dari kesukaran yang dihadapi oleh pihak pengurus wakaf dalam pengurusan aset wakaf yang jelas sekali berbeza dengan pengurusan aset bukan wakaf, sekali gus memelihara amanah daripada pihak pewakaf.

wakaf11 wakaf33

 

Cetak E-mel