Berita

Persatuan Alumni UniSZA Adakan Perjumpaan dengan LPU UniSZA

Alumni11Mesyuarat Agung Persatuan Alumni UniSZA yang diadakan di Bangi Convention Center, Selangor pada 6 Mac 2019 Jam 10 Pagi.

Mesyuarat pada kali turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Naib Canselor UniSZA, Prof.Dato' Dr.Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Ahmad Shukri Yusoff dan Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Bin Salleh.

Print Email

UniSZA Universiti Pertama Lancar Sistem Daftar Aset Wakaf

wakaf22KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melangkah setapak lagi dalam pengurusan wakaf pendidikan apabila melancarkan sistem daftar aset wakaf UniSZA dan menjadi institusi pendidikan pertama di Malaysia yang memperkenalkan inisiatif ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sistem itu merupakan satu pangkalan data yang lengkap, tepat dan terkini berkaitan sumbangan wakaf dalam bentuk bukan tunai.

“Dengan adanya sistem ini, ia memudahkan pengesanan dan pemantauan aset wakaf untuk memelihara kelestarian sifat, bentuk dan kebolehgunaannya”

“Dalam masa yang sama, sistem ini memudahkan penyelenggaraan, penggantian, pelupusan dan hapus kira sesuatu aset wakaf”, katanya pada masjlis pelancaran bersempena program Munaqasyah Ilmu Pengurusan Wakaf Pendidikan anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Pejabat Wakaf dan Endowmen UniSZA dan Pusat Islam UniSZA;

Menurut Prof Hassan, inisiatif itu bertitik tolak dari kesukaran yang dihadapi oleh pihak pengurus wakaf dalam pengurusan aset wakaf yang jelas sekali berbeza dengan pengurusan aset bukan wakaf, sekali gus memelihara amanah daripada pihak pewakaf.

wakaf11 wakaf33

 

Print Email

UniSZA Serah Sumbangan kepada Pelajar Kematian Ibu, Bapa serta Adik

56169809 1940865612709761 2868872209076584448 nKuala Nerus - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Nursyafanis binti Mohd Nahar, 20 yang kehilangan kedua ibu bapa dan seorang adik dalam kejadian kebakaran di Langkawi pada 1 April 2019.

Nursyafanis yang juga anak sulung merupakan pelajar tahun 1, Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian, Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG)
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh mewakili Naib Canselor UniSZA kepada Nursyafanis sewaktu melawat beliau dan adik-adiknya di kediaman datuknya di Felda Cuping, Perlis.

Prof Afandi ketika ditemui berkata, dengan sumbangan itu diharap dapat membantu meringankan beban Nursyafanis dan keluarga.
"Kami harap dengan kunjungan ini dapat mengurangkan rasa sedih dan kami mendoakan supaya adik Nursyafanis tabah menghadapi ujian ini", katanya.

55881747 1940865469376442 6877917553587388416 n 56539162 1940865546043101 2294958406739427328 n

Print Email

35 PELAJAR UniSZA SERTAI JELAJAH MASJIDKU SYURGAKU

masjid11Kuala Nerus – Seramai 35 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai program Jelajah Masjidku Syurgaku Siri 1 yang berlangsung di Masjid Tg Nik Haji, Batu Burok.

Program anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UniSZA itu bertujuan menjadikan Masjid Tg Nik Haji dan kawasan persekitarannya sebagai kawasan yang bersih, indah dan ceria.

Pengarah program, Mohamad Iskandar Prastio@Basiran berkat,  ia turut memupuk semangat bersatu padu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain dalam menjayakan aktiviti itu selain memperkasakan diri mahasiswa dengan semangat kesukarelawanan dan lebih bertanggungjawab serta prihatin terhadap kemudahan yang telah disediakan.

“Alhamdulillah, melalui program ini, hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat dan mahasiswa dapat dieratkan dengan melalukan aktiviti seperti mengecat tempat letak kereta, membersihkan kawasan dalam masjid, mengemas stor dan membersihkan tandas, katany ketika ditemui.

Beliau berarap agar program itu menjadi tunjang dalam memperkasakan serta memperkukuhkan lagi peribadi pelajar untuk memimpin diri sendiri dengan melengkapkan personaliti bukan hanya berpegang pada status akademik yang cemerlang sematamata tetapi menitiberatkan juga dari sudut kerohanian.

masjid22 masjid44 masjid33

Print Email

UniSZA RAIH 38 PINGAT EMAS DAN ANUGERAH GRAND AWARD DI MPI 2019

mpi11Kuala Nerus – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mendominasi kutipan pingat emas di Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) 2019 apabila berjaya meraih sebanyak 38 pingat emas, selain 50 perak dan 51 pingat gangsa.

Lebih mebanggakan, produk hasil ciptaan penyelidik UniSZA, Dr. Abd Jamil Zakaria iaitu Superb Dairy Fertilezer (SDF) turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Grand Award pada MPI 2019 kali ini.

Dr. Jamil ketika ditemui berkata, produk berkenaan merupakan baja inovatif yang baru dalam industri tenusu dan telah dirumuskan untuk menyediakan nutrien yang seimbang yang diperlukan dalam pemakanan kambing tenusu bagi menghasilkan kuantiti dan kualiti susu yang tinggi.

“Gabungan keseimbangan nitrogen, fosforus, kalium dan kalsium dengan elemen surih (TE) dalam SDF terbukti dapat meningkatkan pertumbuhan, hasil dan kualiti rumput serta meningkatkan kandungan protein dan kalsium dalam susu sertameningkatkan jumlah rumput yang sihat untuk makanan ruminans”

“Kelebihan SDF ini adalah ia membekalkan nutrien lengkap dan seimbang disamping diperkayakan dengan kalsium terutamanya untuk pertumbuhan cepat pastura bagi makanan haiwan tenusu”, katanya ketika ketika ditemui.

Menurut Dr Jamil, penggunaan SDF yang mudah dan praktikal turut menjimatkan di mana hanya 5-10 gram diperlukan untuk setiap tanaman bagi selang 3 minggu serta tiada baja kimia tambahan yang diperlukan sekaligus dapat mengurangkan pencemaran persekitaran.

“Peningkatan penghasilan dan pengeluaran susu ini dapat meningkatkan ekonomi dan pendapatan usahawan ternakan dan tenusu” katanya pada majlis penyampaian hadiah dan penutup MPI 2019 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad. Turut hadir, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (RMIC) UniSZA, Prof Madya Dr. Saiful Bahri Mohamad.

Sementara itu, Prof Ir Badlishah berkata, MPI 2019 ini diharap menjadi menjadi platform kepada produk-produk penyelidikan dan inovasi dapat dikomersialkan untuk manfaat masyarakat.

“Kita harap produk-produk ini diketengahkan kepada pemain industri bagi tujuan pengkomersialan sekaligus menjadikan universiti lebih mampan berdaya maju”

“Dengan tema Peradaban Insan Melalui Kelestarian Penyelidikan dan Inovasi, MPI 2019 ini mampu menjadi medan kepada para penyelidik dan pelajar untuk menzahirkan idea-idea inovasi kepada produk bermanfaat untuk kesejahteraan sejagat”, katanya ketika ditemui.

MPI yang belangsung selama dua hari bermula 12 Mac itu mempertandingkan sebanyak 420 produk penyelidikan dan inovasi hasil penyelidik dari seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

mpi22 mpi33

Print Email