Berita 2018

SILAT CEKAK HANAFI UNISZA KEMBALI RAIH PINGAT

Silat3Gambang, 21 April- Pasukan Silat Cekak Hanafi yang diwakili pesilat lelaki dan wanita Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCH) UniSZA sekali lagi mengharumkan nama universiti apabila muncul tempat ketiga keseluruhan IPT lelaki di Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi (KWNSCH) ke-21 di Bukit Gambang, Resort City, Pahang semalam.

Penasihat SCH UniSZA, Muhammad Hafiz Abdullah, berbangga dengan kejayaan pasukan pesilat UniSZA itu. “Walaupun hanya empat kategori sahaja yang memperolehi pingat, ia merupakan kejayaan yang besar bagi SCH UniSZA kali ini berbanding tahun sebelum ini”.

“Rentetan kejayaan ini, SCH UniSZA akan berusaha untuk melahirkan lebih ramai pesilat yang hebat sebagai pelapis bagi meneruskan lagi legasi silat dan melahirkan mahasiswa yang holistitik dan lebih berdaya saing,” katanya.

Sebanyak 32 buah kontinjen yang terdiri daripada 14 buah IPT, 13 buah sekolah dan 5 buah kelas awam telah menyertai kejohanan pada kali ini. Jumlah keseluruhan peserta yang terlibat adalah seramai 750 orang peserta. 48 orang juri bertauliah telah terlibat dalam menilai keaslian buah dan ciri-ciri persembahan para peserta yang bertanding.

Majlis Penutup KWNSCH kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Azlan Bin Haji Osman, Pengarah, Kolej Profesional MARA, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Kejohanan  kali ke-21 ini dianjurkan oleh cawangan persatuan negeri Pahang Darul Makmur.

KEJAYAAN UniSZA

SCH UniSZA telah menghantar dua pasukan bersempena kejohanan itu iaitu pasukan lelaki dan wanita. Sebanyak 8 kategori yang telah dipertandingkan iaitu menangkis serangan pisau, menangkis serangan kaki, menangkis serangan tongkat, umum, persembahan di atas papan sekeping, adegan praktikal, senaman Asas Wajadiri & 6 buah Jatuh Kreatif dan buah Jatuh (6 buah seragam).

SCH Unisza telah memperolehi 14 pingat kemenangan, bagi kategori adegan praktikal lelaki 4 pingat emas telah dimenangi oleh Mohamad Akmal Bin Wahid, Muhammad Firdaus Bin Nor Azlan Shah, Zulkefli Bin Gunting, Hasyim Bin Rosli. Bagi kategori sepasang tongkat lelaki, 2 pingat perak telah dimenangi oleh Hasyim Bin Rosli dan  Mohamad Akmal Bin Wahid. Bagi kategori sepasang kaki wanita pula, 2 pingat gangsa telah dimenangi oleh Norrfarhana Binti Ideris dan Siti Nur Fatihah Binti Usman @ Yusiami. Bagi kategori buah jatuh wanita, 6 pingat gangsa telah dimenangi oleh Ain Munirah Binti Khairul Anwar, Nor Azreen Binti Mohd Fazilah, Nur Muzillah Binti Imamuzel, Nurathirah Binti Mohd Safain, Nurul Hidayah Nasuha Binti Muhammad Anuar dan Nurul Shahida Binti Adenan.

Silat1  Silat4 Silat2 

Cetak E-mel

UniSZA, UMT DAN TATIUC JAYAKAN MPI 2018

MPI 18aMinggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) buat kali kedua telah diadakan secara bersama di antara UniSZA, UMT dan TATIUC bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu pada 7 April 2018 sehingga 9 April 2018. Program yang memasuki tahun kelima penganjurannya telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 314 produk inovasi yang melibatkan sembilan (9) kluster.

Yang Berhormat A. Latiff Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi, mewakili Menteri Besar Terengganu telah menyempurnakan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pada 9 April 2018.

Turut mengiringi beliau adalah Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Rektor TATIUC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim dan Pengarah RMIC UniSZA, Prof. Madya Dr. Saiful Bahri Mohamed. Yang Berhormat A. Latiff Awang turut berkesempatan melawat tapak pameran bagi melihat sendiri kemeriahan dan keunikan produk-produk yang dipertandingkan.

Program pada tahun ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya daripada Institusi penganjur. Pecahan penyertaan adalah sepertimana berikut :-

Jabatan

Bilangan Penyertaan

UniSZA

112

UMT

135

TATIUC

47

Universiti Awam (UA) Lain

8

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

1

Politeknik

2

Lain – lain

2

Sekolah

7

Jumlah

314


Sekalung tahniah kepada para penyelidik dan urusetia yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan MPI 2018. Adalah diharapkan agar kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan menjadi program perdana bagi UniSZA, UMT dan TATIUC dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

MPI 18b mpi 18c MPI 18d mpi 18e

Cetak E-mel

CURANG DALAM AKADEMIK, DERITA DALAM BAHAGIA

Unit Kaunseling, PTNC HEPA berbesar hati menganjurkan Program Curang Dalam Akademik, Derita Dalam Bahagia bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak. Program yang diadakan pada 31 Mac 2018 ini telah dihadiri 107 orang peserta terdiri daripada mahasiswa UniSZA. 

Program ini bermatlamat demi memberi kesedaran umum kepada mahasiswa UniSZA tentang gejala salah laku dalam peperiksaan dan akademik serta tatacara menanganinya. Menerusi program ini, dua orang penceramah telah dijemput bagi mengupas isu berkait salah laku meniru dalam peperiksaan iaitu Dr. Muhamad Fazil Bin Ahmad, merupakan Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial Gunaan dan Puan Salwani bint Mahasan, Pegawai Undang-undang UniSZA.

Menurut Puan Salwani, Bagi kesalahan akademik, pelajar adalah tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Universiti  Darul Iman Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2008. (Sekarang dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin). Kesalahan akademik yang pertama adalah sebagaimana Kaedah 6, iaitu yang menyebut tentang larangan terhadap plagiarisme. Manakala kesalahan akademik lain adalah sebagaimana kaedah 8 yang menjelaskan tentang kelakuan semasa peperiksaan.

Secara umumnya perbuatan salah laku dalam akademik ini telah memberi impak yang besar terhadap pembelajaran pelajar di universiti. Mahasiswa seharusnya lebih amanah dan bertanggungjawab sepanjang pengajian di universiti. Setiap ilmu yang dipelajari akan menjadi bekalan terutama untuk digunakan dalam alam pekerjaan. Apa yang lebih baik adalah keberkatan ilmu yang diperoleh. Semoga menerusi penganjuran program ini dapat mengubah sahsiah dan etika Mahasiswa terhadap integriti dalam peperiksaan dan pelajaran.

Cetak E-mel

UNIT KAUNSELING ANJUR PROGRAM “PLAY THERAPY IN SOCIAL LIFE”

Unit1Unit Kaunseling, PTNC HEPA UniSZA telah menganjurkan satu program kaunseling  ekspresif  iaitu terapi bermain (play therapy) pada 29 Mac 2018.  Terapi bermain adalah sebahagian daripada kaedah perawatan pada kanak-kanak, remaja dan dewasa. Ia merupakan salah satu kaedah intervensi yang efektif bagi seseorang individu. Terapi bermain ini amat positif terhadap perkembangan fizikal, emosi, mental, intelektual, kreativiti dan sosial.

Terapi bermain adalah sebagai social item yang boleh membantu peserta untuk membuat penerokaan kendiri dengan lebih berkesan. Hasil daripada penerokaan kendiri ini di harap dapat membuka minda dan membentuk matlmat kehidupan yang lebih proaktif kepada para peserta.

Oleh yang sedemikian, Unit Kaunseling, PTNC HEPA mengambil pendekatan mengadakan bengkel ini sebagai langkah proaktif untuk memperkembangkan satu lagi kaedah intervensi berbentuk terapi bermain yang boleh menarik minat peserta untuk menyertai terapi kaunseling pada masa akan datang.

Seramai 37 orang peserta telah menghadiri program ini yang bertempat di Pejabat Unit Kaunseling PTNC HEPA UniSZA. Terapi ini merupakan satu peluang yang baik bagi membantu para peserta manfaatkan alat permainan sebagai media yang efektif untuk meneroka permasalahan psikososial yang ada dalam dirinya serta mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum melalui ekspresi kendiri. Semoga terapi ini akan dapat dikembangkan lagi kepada lebih ramai peserta khusunya mahasiswa UniSZA.

Unit2 Unit3

Cetak E-mel

PROGRAM MOTIVASI BELAJAR “ ACHIEVE YOUR TARGER “

DSC 3024 1000Kuala Terengganu - Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UniSZA mengadakan program Motivasi Belajar “Achieve Your Target” bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan, Kampus Gong Badak, UniSZA pada 30 Mac 2018.

Unit kaunseling PTNC HEPA telah mengambil inisiatif bagi mengadakan program Motivasi Belajar “Achieve Your Target” bagi membantu mahasiswa agar meningkatkan prestasi pelajar berkenaan supaya dapat membuat persiapan minda dalam mencapai  kecemerlangan akademik.

Konsep program ini lebih memberi penekanan kepada memberi suntikan motivasi dan semangat yang berterusan dalam pembelajaran serta pendedahan teknik pembelajaran yang berkesan untuk diaplikasikan dalam rutin pembelajaran harian agar prestasi mahasiswa dapat ditingkatkan.

Program ini telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Kanan Unit Kaunseling dengan berkongsi Gaya Pembelajaran yang bersesuaian melalui Teknik VAK iaitu Visual, Auditori, dan Kinestetik. Teknik ini juga turut memberi pendedahan kepada para pelajar dalam penggunaan otak kiri dan otak kanan sebagai medium terpantas bagi seseorang pelajar dalam mengingat, menghafal dan mempraktikkan dengan cepat apa yang telah dipelajari di samping memudahkan pelajar semasa mengulangkaji pelajaran. Di samping memberikan input berkaitan teknik pengurusan masa, emosi dan konflik.

Melalui program ini, kelihatan 65 orang mahasiswa yang hadir lebih teruja setelah diberi pencerahan teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka.

DSC 2961 1000

Cetak E-mel