Berita 2018

123 STAF UniSZA TERIMA APC

apc1KUALA NERUS – Seramai 123 kakitangan akademik dan bukan akademik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor dan Anugerah Kecemerlangan Staf, semalam.

Pada majlis itu juga, dua penyelidik dari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terlibat dalam pembangunan produk makanan tradisional, nasi dagang sejuk beku turut menerima Anugerah Kecemerlangan Khas UniSZA.

Selain Prof Dr. Che Abdullah Abu Bakar dan Roslan Arshad, turut menerima anugerah sama ialah kakitangan Perpustakaan, Rosnorzaini Rusli.

Penyampaian disempurnakan oleh Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor. Hadir sama, Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Sementara itu, Anugerah Royalti Buku Tertinggi dinobatkan kepada Tajwid Al-Quran hasil nukilan Wan Mohd. Khairul Firdaus Wan Khairuldin; Penerokaan Pengukuran Kualiti Hidup Maqasid Al-Syariah (Mahadzirah Mohamad dan Nizaita Imar) dan Burung-burung di Negeri Terengganu (Anuar McAfee).

Anugerah Royalti Terbitan Pengajaran dan Pembelajaran Tertinggi (English Is Easy, Al-Mu’in Fi Ta’allum Al-Lughah Al-’Arabiyyah dan Al-Madkhai, Ila Al-Dirasat Al-’Arabiyyah);Anugerah Penerbitan Buku (Konsep Paraclate dalam Teologi Kristian dan Akidah Islam); Anugerah Pengajaran Sains & Teknologi (Dr. Suhailan Safel) dan Anugerah Pengajaran Sains Sosial & Kemanusiaan (Prof. Madya Dr. Puspa Liza Ghazali).

Anugerah Ahli Akademik Harapan pula dimenangi Dr. Wan Mohd. Khairul Firdaus manakala Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh yang meraih Anugerah Tokoh Akademik Universiti dan mesin i-Dispenser bagi membantu mengoptimumkan rawatan terhadap ketagihan dadah Opiat (Anugerah Pertandingan Inovasi).

Majlis yang berlangsung di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak itu turut diadakan sambutan Hari Raya peringkat UniSZA.

apc3 apc4 apc6 apc5

Print Email

LAWATAN KASIH SAYANG MENTERI PENDIDIKAN KE UniSZA

yb1KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima lawatan mengejut dari Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik pada 8 Julai yang lalu.

Lebih membanggakan, UniSZA adalah universiti pertama yang dilawati beliau secara mengejut selepas viral beliau melakukan lawatan ke sekolah sekolah di Terengganu.

Dr Maszlee ketika ditemui menzahirkan rasa kagumnya atas sikap mahasiswa UniSZA yang memastikan kebersihan meja selepas makan dan dalam banyak lawatannya, beliau memaklumkan ini antara yang terbaik dan wajar dicontohi semua Universiti Awam (UA) di Malaysia.

Beliau juga berbangga dengan pemimpin siswa UniSZA yang membangunkan sendiri Pusat Aktiviti Pelajar khusus untuk mahasiswa beraktiviti.

Sementera itu, Presiden MPP UniSZA, Muhammad Ammar Rafiq turut mengutarakan  beberapa masalah yang perlu diambil perhatian oleh pihak YB Menteri.

“Semoga hasil lawatan mengejut beliau yang dinamakan Lawatan Kasih Sayang ini, banyak manfaat yang bakal diterima kita di UniSZA,” katanya ketika ditemui.

Pada lawatan itu, Dr Maszlee sempat meluangkan masa bersama pelajar UniSZA di Kawasan Asrama Lama, Asrama Baru, Kafeteria dan Pusat Aktiviti Pelajar serta mengunjungi Pejabat Naib Canselor  di Bangunan Canselori.

Turut mengiringi beliau, Naib Canselor, Prof Dato Dr Ahmad Zubaidi A. Latif, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Ir. Dr. R Badlishah Ahmad, Pendaftar, Ismail Ahmad dan Bendahari, Shakimah Endut.

yb2 yb3 yb4 yb5

Print Email

BANK ISLAM SERAH RM100,000 KEPADA WAKAF UniSZA

BankIslamKUALA NERUS: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM100,000 kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam sebuah majlis di Bilik Mesyuarat Senat, UniSZA Kampus Perubatan

BIMB selaku peneraju kewangan Islam di Malaysia merupakan antara pihak yang kekal komited membantu pihak UniSZA untuk memartabatkan agenda wakaf dan infaq di universiti.

Pada tahun lepas, UniSZA telah mengagihkan sejumlah RM1,059,515 menerusi peruntukan wakaf, zakat dan derma.

Prof Dr Ahmad Zubaidi ketika ditemui berkata, UniSZA memperuntukkan dana sedemikian bagi tujuan dermasiswa, kemudahan komputer riba, bayaran tuisyen percuma, elaun penginapan, biasiswa wakaf, peralatan kesihatan, kelengkapan asas fisioterapi, bantuan modal perniagaan siswapreneur, insentif menghafal al-Quran, program makan percuma secara berkala dan pembiayaan latihan industri di luar negara sekaligus dapat membantu meringankan kehidupan golongan mahasiswa di universiti itu.

“Setakat ini, selain pelajar bukan Islam, pelajar terutamanya mereka yang kurang bernasib baik dari segi status sosio-ekonomi dan kesempurnaan fizikal turut menerima manfaat daripada sumbangan itu”

"Kami berharap segala inisiatif ini dapat membantu siswa siswi yang memerlukan, selain memartabatkan agenda wakaf dan infaq di universiti,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Pengurus Wilayah Timur Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Puan Wan Rosita Wan Mohamad, menyerahkan sumbangan berkenaan bagi pihak BIMB kepada Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif, sambil disaksikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Haji Osman Muda.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Dato’ Wan Ismail bin Wan Yusoh, Penasihat Wakaf UniSZA, Profesor Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Pengarah Pejabat Wakaf dan Infaq UniSZA dan delegasi BIMB.

Print Email

PELAJAR FAKULTI PERUBATAN KE PERTANDINGAN EAST COAST MEDICAL OLYMPIAD (ECMO) 2018

FSK1Pada 30 Jun 2018 (Sabtu), seramai 12 orang pelajar Fakulti Perubatan UniSZA yang terdiri daripada 8 orang pelajar klinikal dan 4 orang pelajar Pre-klinikal beserta seorang Pengiring  Puan Hafzan binti Mohamad telah hadir ke pertandingan East Coast Medical Olympiad (ECMO) 2018 anjuran Medical Students’ Society (MEDSS) dengan kerjasama International Islamic University (IIUM) Malaysia.

Melalui pertandingan ini, pelajar yang terlibat di bawah persatuan MediSZA dapat berkenalan dengan pelajar daripada universiti lain. Para peserta juga dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan baru disamping menguji tahap pengetahuan yang dimiliki. Program ini juga telah melahirkan pelajar yang berdaya saing disamping meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Hal ini dibuktikan melalui maklum balas yang positif daripada peserta yang hadir.

Peserta Pre-Klinikal telah berjaya meraih tempat kedua manakala pelajar Klinikal meraih tempat keempat dan saguhati. Kehadiran para pelajar daripada semua universiti amat menggalakkan dan diharap program ini dapat diteruskan pada setiap tahun.

Pihak Fakulti Perubatan turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

FSK5 FSK3 FSK2

Print Email

UniSZA ANJUR PROGRAM GAZA UNTUK KOMUNITI

KUALA NERUS: Lebih 100 pelajar dan masyarakat setempat hadir ke Program Cakna Gaza yang diadakan di Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Program anjuran Kelab HUMANE UniSZA itu bertujuan untuk menyampaikan informasi terkini kepada komuniti dan warga UniSZA keadaan semasa di Gaza, Palestin.

Selain itu, turut diadakan sesi perkongsian misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition oleh Pensyarah Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa (FUHA) UniSZA, Prof. Madya. Dr Afandi Salleh dan Pensyarah Fakulti Perniagaan & Perakaunan (Universiti Malaya), Prof. Dr. Nazari Ismail.

Program yang berlangsung selama satu hari itu turut merapatkan ukhuwah dan kerjasama antara semua peringkat warga UniSZA dan komuniti.

Print Email