Aktiviti 2013

Majlis Ucap Utama Tahunan Naib Canselor & Penganugerahan Kecemerlangan UniSZA 2013

Majlis Ucap Utama Tahunan Naib Canselor & Penganugerahan Kecemerlangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2013 telah diadakan dengan jayanya pada 1 Julai 2013. Majlis yang dihadiri oleh  semua staf UniSZA telah disempurnakan perasmiannya oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan masuk Naib Canselor bersama Pengurusan Tertinggi ke pentas utama. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Amran Ahmed telah memperkenalkan Naib Canselor kepada warga UniSZA sebelum Naib Canselor menyampaikan ucap utama.

Selepas itu, Naib Canselor telah menyampaikan ucap utama yang bertajuk Universiti Sultan Zainal Abidin: Membina Perubahan, Menggapai Impian.

Naib Canselor dalam ucapan berkata, beliau berhasrat membina perubahan jangka pendek dan jangka panjang sepanjang memegang amanah memimpin UniSZA. Syarahan yang mengariskan peranan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Akademik (Chief Academic Officer) dan Ketua Diplomat (Chief Ambassador) adalah untuk menggerakkan UniSZA ke arah menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang cemerlang dan berdaya saing. Gerakan ini melibatkan langkah pengukuhan perpaduan sosial di kalangan warga UniSZA, menyusuri warisan keilmuan sedia ada, mencetuskan transformasi minda, membina citra dan keilmuan baharu, mencipta iklim akademik yang mekar, membangunkan kampus yang lestari, mentransformasi struktur dan organisasi pengurusan, merancakkan kegiatan penyelidikan dan penerbitan dan membina jaringan antarabangsa.

Bacaan ikrar staf yang dipimpin oleh Pendaftar, Nordin Jusoh serta Presiden Persatuan Staf Akademik, Presiden Pegawai Pengurusan & Profesional (PENGEMUDI) dan Presiden Kesatuan Staf Kumpulan Pelaksana  mengakhiri sesi sebelum perarakan keluar dewan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti.

Sementara itu, majlis Penganugerahan Kecemerlangan UniSZA 2013 dimulakan dengan ucapan oleh Pendaftar.

Beliau dalam ucapannya menekankan kepada  semua staf agar dapat menghayati visi dan misi Naib Canselor dan seterusnya menjadi pelaksana bagi memartabatkan UniSZA ke persada antarabangsa.

Beliau turut memberikan gambaran kaedah pemilihan  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan juga memperkenalkan anugerah-anugerah baru iaitu Anugerah Khas Kumpulan Sokongan, Anugerah Khas Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik), Anugerah Pesara, Anugerah Pensyarah Tamat Ph.D Dalam Tempoh, Anugerah International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX), Anugerah Perkhidmatan Setia (berkhidmat antara 25 sehingga 29 tahun), Anugerah Perkhidmatan Amat Setia (berkhidmat melebihi 30 tahun) serta imbuhan yang diperolehi sebagai galakan kepada kecemerlangan staf.

Beliau turut berharap agar semua staf dapat berusaha meningkatkan prestasi dan memberikan perkhidmatan cemerlang kerana faktor tersebut merupakan penentu kejayaan universiti.

Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti dengan berbesar hati telah menyampaikan anugerah kepada 254 orang penerima daripada pelbagai anugerah yang terdiri daripada staf akademik dan bukan akademik dari pelbagai jawatan dan gred. Pengiktirafan ini adalah sebagai mengiktiraf kemerlangan, kesetiaan, daya usaha, dedikasi dan komitmen staf yang telah membuktikan kecemerlangan masing-masing dengan menghasilkan mutu kerja yang melebihi keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Pesara yang telah menamatkan perkhidmatan turut diraikan dalam majlis tersebut.

Majlis ini turut menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh mantan barisan kepimpinan UniSZA iaitu mantan Naib Canselor dan mantan Timbalan Naib Canselor UniSZA.

Sumber Berita   ASMAWATI NOOR MUHAMAT              JABATAN PENDAFTAR

Cetak E-mel

Pelajar FRTK Rangkul Anugerah Rekaan Produk Promosi

Pelajar Fakulti Rekabentuk dan Teknologi Kejuruteraan (FRTK), Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA ). Muhamad Shafiq Mokhtar Baharudin, 21, berjaya menjuarai Anugerah Rekaan Produk Promosi (PPD) bagi kategori pelajar universiti pada Ekspo Pesta Hadiah, Premium dan Alat Tulis ( KLIGP ) Tahun 2013.

Produk empat dalam satu yang diberi nama E-MOTION mempunyai empat fungsi yang dipanggil e-motion speaker, e-motion radio, e-motion clock dan e-motion lamp menggondol hadiah  pertama berupa wang tunai RM5000, sebuah replika dan sijil penyertaan.

KLIGP di adakan pada 13 hingga 14 Jun bertempat di Dewan 1 & 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sebanyak 450 buah gerai pameran  disediakan untuk penyertaan industri dari dalam dan luar Negara.

Tujuan utama KLIGP  diadakan adalah untuk mempromosi kemajuan dalam industri hadiah dan premium kepada pelajar serta masyarakat Malaysia, manakala Anugerah PPD pula sebagai pentas untuk pereka muda mengenengahkan bakat mereka dan pada masa yang sama mencari peluang untuk bersaing di peringkat global.

Acara berprestij ini dianjurkan oleh Persatuan Pengusaha Hadiah dan Cenderamata Malaysia dengan kerjasama Persatuan Persekutuan Penjual Alat Tulis dan Buku Malaysia.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Sumber Berita   MOHD SEBRI BILAL ENDUT                           FRTK

Cetak E-mel

Wacana Kontemporari Islam Siri 5 2013

Sukacita dimaklumkan Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA menganjurkan Wacana Kontemporari Islam (WAKI') siri 5 2013 seperti ketetapan di bawah :

Cetak E-mel

Program Lawatan Akademik 'Eksplorasi Mahabbah Syariah'

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Pentadbiran Islam dan Syariah (PERISYA) untuk mengadakan Program Lawatan Akademik 'Eksplorasi Mahabbah Syariah ' sepertimana berikut:

 

Tarikh / Hari  :  27 Februari  - 01 Mac 2013 (Rabu - Jummat)

Masa              : Menurut Tentatif

Tempat        : Mahkamah Syariah W.P K.L, Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dan Gunung Ledang, Tangkak

Peserta        :  80 orang

Peg. Pengiring :  Y. Brs. Dr. Berhanundin bin Abdullah (Pensyarah, FKI)

En. Ahmad Farid bin Hj. Ibrahim (Pensyarah, FKI)

 

Sekian, harap maklum.

Cetak E-mel

Pertukaran Tarikh Bagi Program Karnival Pengurusan 1 Malaysia UniSZA

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Pengurusan Sumber Manusia (HRM) akan menukar tarikh bagi Program Karnival Pengurusan 1 Malaysia UniSZA sepertimana berikut:

 

Tarikh Asal  : 26 November - 01 Disember 2012 (Isnin - Sabtu)

Tarikh Baru : 26 Februari - 02 Mac 2013 (Isnin - Sabtu)

Masa          : Menurut Tentatif

Tempat      : Sekitar UniSZA, Kampus Gong Badak

Peserta       : Terbuka kepada semua mahasiswa/i UniSZA

 

Sekian, harap maklum.

Cetak E-mel