Aktiviti 2012

KONVENSYEN PEMBIMBING RAKAN SISWA PERINGKAT KEBANGSAAN IPTA 2012

2-4 November 2012 - Unit Kaunseling dan Kerjaya [HEPA] (UniSZA) telah berjaya menganjurkan satu Konvensyen Pembimbing Rakan Siswa IPTA Peringkat Kebangsaan bersama Majlis Counseling dan Kerjaya Universiti-universiti Malaysia (MAKUMA) serta Pembimbing Rakan Siswa Peringkat Kebangsaan (PRSK) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Konvensyen ini bertemakan “Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Pencetus Transformasi Generasi Y, Perintis Aspirasi 1Malaysia”  telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dan telah dihadiri seramai 200 orang mahasiswa/i dan wakil pegawai-pegawai psikologi dari seluruh IPTA.  Program ini telah diadakan di BangunanAkademik, UniSZA dengan beberapa pengisian seperti berikut:

1)   Slot 1 : CeramahPeranan PRS dalam menjayakan Transformasi Generasi  Y

2)   Slot 2 : Ceramah Memahami Emosi, Kognitif dan TingkahLaku generasi Y

3)   Slot 3 : Pembentangan Selari : Cabaran dan Isu Sosial di Kalangan Generasi Y

4)   Slot 4 : Forum Generasi Y Bersama Tokoh Jemputan dan Mahasiwa

Kemuncak konvensyen ini adalah pada malam 3 November 2012 pula, penyerahan resolusi konvensyen telah disampaikan oleh wakil pelajar Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan kepada wakil MAKUMA beserta majlis makan malam dan perasmian penutup bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh wakil Menteri Besar Terengganu iaitu Yang Berhormat, Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri.

Berita & Gambar : Unit Kaunseling dan Kerjaya, HEPA UniSZA

Cetak E-mel

PESILAT WANITA SILAT CEKAK HANAFI BUKTI KEHEBATAN DALAM KEJOHANAN CABARAN PANDAI SILAT 2012

WANGSA MAJU – Pasukan Puteri Cekak yang terdiri daripada pesilat wanita Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sekali lagi mengharumkan nama universiti apabila muncul johan keseluruhan Kejohanan Cabaran Pandai Silat Peringkat Nasional 2012 yang diadakan pada 17 November 2012 di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pasukan ini muncul juara buat kali kedua berturut-turut selepas memenanginya pada tahun lepas dengan menggunakan nama Wirawati UniSZA.

Kejohanan kali kedua ini dianjurkan oleh Akademi Silat Cekak Ustaz Hanafi dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Puteri Cekak mengungguli kejohanan tersebut dengan menewaskan lima buah pasukan lain dan menerima pingat emas serta disarungkan dengan baju rasmi persatuan iaitu baju singkap.

Sebanyak empat kategori dalam ujian saringan telah dipertandingkan iaitu papan sekeping tangan kosong, papan sekeping senjata, umum tangan kosong dan umum senjata.

PSSCUH UniSZA telah menghantar tiga pasukan ke kejohanan ini, iaitu Puteri Cekak, Srikandi Tun Fatimah dan satu pasukan pesilat lelaki iaitu Cakak Ganu. Terdapat tiga tugasan yang diberikan untuk disempurnakan pada pusingan akhir, iaitu serangan berpasangan, umum praktikal dan serangan di atas titian condong.

Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA, Muhammad Hafiz Abdullah, merakamkan setinggi ucapan tahniah dan berbangga atas kejayaan pasukan pesilat UniSZA.

Beliau berkata meskipun hanya satu pasukan sahaja yang berjaya ke peringkat akhir, namun ini adalah satu kejayaan besar kerana PSSCUH UniSZA dapat menghantar lebih ramai pasukan berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini telah mencatatkan satu lagi rekod yang cemerlang bagi PSSCUH UniSZA kerana kejohanan ini telah menghimpunkan pesilat-pesilat yang handal dan berpengalaman.

Menurut beliau lagi, ekoran kejayaan ini, PSSCUH UniSZA akan berusaha untuk melahirkan lebih ramai pesilat yang hebat sebagai pelapis bagi meneruskan lagi legasi silat dan melahirkan mahasiswa yang lebih berdaya saing. Acara penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Guru Utama PSSCUH Malaysia, En.Marwi Latif.

Sumber Berita & Gambar:    NUR FUKHAIRAH MOHAMMAD ABAS


Cetak E-mel

UniSZA RAIH PERAK RIID 2012

KUALA TERENGGANU – Sekumpulan pensyarah rekabentuk perindustrian Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diketuai oleh Shahrul Anuwar Mohamed Yusof, Mohd Firoz Ahmat Basri, Amirul Fahmi Razali dan Addy Putra  Zulkifli telah memenangi Anugerah Perak di Festival Research Invention Innovation and Design (RIID) 2012.

Festival yang diadakan pada 6 hingga 8 November 2012 adalah anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.

Kajian inovasi yang dipertaruhkan oleh pasukan daripada FRIT UniSZA bertajuk Furniture Design to Enhance Interactivity dan dipertandingkan dalam kategori inovasi pada festival ini.

Berteraskan bahawa aktiviti inovasi pemangkin kemajuan negara dan organisasi, RIID 2012 Melaka bertunjangkan objektif untuk melahirkan individu yang berkemampuan untuk menghasilkan idea yang kreatif serta berdaya saing.

Program ini mengutamakan budaya inovasi dikalangan staf dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk membentuk masyarakat yang berfikiran kritis, mempunyai daya cipta dan mempunyai keilmuan yang tinggi.

FRIT mengambil inisiatif untuk menyertai Festival Inovasi RIID Melaka 2012 sebagai usaha membudayakan kajian dan inovasi di kalangan pensyarah dan mengetengahkan bakat inovasi staf FRIT.

Sumber Berita   SHAHRUL ANUWAR MOHAMED YUSOF       FRIT


Cetak E-mel

BRIEFINGS ON RESEARCH ETHICS

KUALA TERENGGANU – Pusat Kajian Klinikal dan Kualiti Hidup (PKKKH), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  telah menganjurkan bengkel Briefings On Research Ethics pada 7 November 2012 bertempat di  Dewan Auditorium Perpustakaan , Jabatan Perpustakaan, UnisZA Kampus Gong Badak.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para penyelidik UniSZA berkenaan kewujudan, tatacara dan prosedur permohonan etika penyelidikan yang melibatkan subjek manusia.

Seramai 57 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada ahli akademik serta pelajar-pelajar siswazah UniSZA. Slot ceramah telah dibahagikan kepada dua sesi di mana slot pertama telah disampaikan oleh Prof. Dr. Zabidah Ismail, Timbalan Dekan FPSK yang membincangkan tajuk The Unisza Human Research Ethics Committee (UHREC).

Slot kedua pula telah dikendalikan oleh Prof. Madya. Dr. Lua Pei Lin, Ketua Pusat Kajian Klinikal dan Kualiti Hidup (PKKKH) yang membincangkan tajuk The National Medical Research Register (NMRR), Ministry of Health Malaysia (MOH).

Secara keseluruhannya, bengkel ini dilihat telah berjaya memberi pendedahan ringkas yang sangat bermanfaat kepada para peserta. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Dekan FPSK, Dato' Prof. Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Sumber Berita             MOHD DAILANI MUSTAFFA                        PKKKH


Cetak E-mel