Aktiviti 2009

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Jom Masuk U!

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) – ‘JOM MASUK U’ TAHUN 2010 merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan semenjak Tahun 2005 berdasarkan maklum balas positif yang diterima dari kaunselor, pendidik, pelajar, ibu bapa, masyarakat umum dan stake holders lain. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mulai tahun 2010 KPTN akan menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi.

 

AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA – ’JOM MASUK U’ TAHUN 2010 :

  • Ceramah dan forum yang interaktif berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian/ Agensi KPT/ KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT);
  • Pameran Pendidikan ‘’ JOM MASUK U’’
  • Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung;
  • Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung
  • Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS,Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; serta Khidmat Bimbingan dan Kaunseling

 

PAMERAN PENDIDIKAN
Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), IPTS serta Agnesi/Bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagaian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri (MGBK), Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia (JTM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi dan penaja yang terlibat dengan pendidikan tinggi.

 

FORUM
Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah. Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM, Politeknik dan Kolej Komuniti akan menentukan senarai Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), kaunselor termasuk GBK dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berdasarkan formula yang ditetapkan oleh BPKP Jabatan Pengajian Tinggi.


* Catatan : Maklumat ini tertakluk kepada pindaan


Klik di sini untuk muat-turun poster ini

 

 

Cetak E-mel

Bengkel Perkhidmatan Perpustakaan Untuk Kakitangan Pentadbiran Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)

Satu Bengkel Perkhidmatan Perpustakaan Untuk Kakitangan Bukan Akademik/Pentadbiran Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh    : 14 Disember 2009
Tempat  : Bilik Auditiorium, Perpustakaan Al-Muktar, UDM Kampus KUSZA
Peserta : Terhad 40 orang (staf UDM)
Anjuran : Jabatan Perpustakaan, UDM


Aturcara Bengkel


8.00 pagi    .....: Pendaftaran

8.30 pagi    .....: Bacaan Doa

..........................: Ucapan Aluan oleh
............................En. Ghazali bin Mat Jamil
............................Ketua Perpustakaan, Jabatan Perpustakaan UDM

8.45 pagi    .....: Minum pagi

9.30 pagi    .....: Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat
............................Oleh En. Mohd Sabri bin Muda
............................Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat

..........................: Soal jawab

11.30 pagi    ...: Maklumat melalui Internet
............................Oleh En. Ghazali bin Mat Jamil

..........................: Soal jawab

1.00 petang    : Makan Tengahari
..........................: Bersurai


Maklumat lanjut, sila hubungi atau layari web Jabatan Perpustakaan

Cetak E-mel

Kejohanan Sukan IPT Pantai Timur (SIPTAR 2009)

Memaklumkan bahawa Pusat Sukan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) akan menganjurkan Kejohanan Sukan IPT Pantai Timur (SIPTAR 2009) sepertimana berikut:

Tarikh   : 18 - 21 Disember 2009
Tempat : UDM Kampus KUSZA

 


Acara Yang Dipertandingkan

1. Futsal (L/W)
2. Bola Tampar (L/W)
3. Bola Jaring (W)
4. Sepaktakraw (antara regu) (L)
5. Badminton (L/W)
6. Memanah (L/W)

 


Senarai IPT yang menyertai (SIPTA 2009)
1. UDM
2. UMT
3. UMP
4. UMK
5. UITM (Kampus Dungun, Jengka, Machang)

IPT Jemputan
1. UIAM (Cawangan Kuantan)
2. USM (Kubang Kerian)
3. Politeknik Kota Kuala Terengganu
3. Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan
4. Kolej Komuniti Kuala Terengganu
5. Kolej Teknologi Bestari

 

Terbuka kepada semua Mahasiswa/i yang berminat.

 


Sebarang permohonan dan penyertaan boleh hubungi:

Urusetia
Kejohanan Sukan IPT Pantai Timur (SIPTAR 2009)
Pusat Sukan UDM
Tel    : 09-6653930
Faks : 096671760

Cetak E-mel

Lawatan Semakan Keserakanan (Peer Review) PSPTN

Memaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Program (PMO), Kementerian Pengajian Tinggi  akan mengadakan Lawatan Semakan Keserakanan (Peer Review) PSPTN ke  Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) sepertimana ketetapan berikut:


16 NOVEMBER 2009

08.00 am - 08.30 am    :    Ketibaan para jemputan

08.30 am........................:    Aluan Naib Canselor UDM
...............................................Y. Bhg. Dato’ Prof. Dr. Alias bin Daud

..........................................:    Taklimat ringkas  ketua iPMO UDM
...............................................Y. Bhg. Prof. Dr Mohd Afandi bin Muhamad

..........................................:    Taklimat/ penerangan oleh ketua panel PR
...............................................Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad bin Muda

09.00 am - 10.00 am    :    Diskusi /Semakan Dokumen (Aktiviti Bil. 1 sehingga 5)

10.00 am - 10.30 am    :    Minum pagi

10.30 am - 01.00 pm    :    Sambungan Diskusi /Semakan Dokumen

01.00 pm - 02.00 pm    :    Rehat/ Makan Tengahari

02.00 pm - 05.00 pm    :    Sambungan Diskusi /Semakan Dokumen

05.00 pm........   ...  .........:    Minum petang / Bersurai


17 NOVEMBER 2009

08.00 am - 08.30 am    :    Ketibaan para jemputan

08.30 am - 10.00 am    :    Diskusi /Semakan Dokumen (Aktiviti Bil. 6 sehingga 8)

10.00 am - 10.30 am    :    Minum pagi

10.30 am - 12.00 pm    :    Penyediaan Dapatan Semakan

12.00 pm - 01.00 pm    :    Pembentangan Lisan Dapatan Semakan kepada IPTA

01.00 pm - 02.00 pm    :    Rehat/ Makan Tengahari

02.00 pm - 04.00 pm    :    Penyediaan Laporan Hasil Semakan Keserakanan

04.00 pm.........   .  ..........:    Minum petang / Bersurai

 


Panel Semakan Keserakanan
1) Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda
2) Encik Ghazally Spahat
3) Puan Noor Khalidah binti Md. Khalid

Setiausaha
Puan Kahartini Abdul Rahman



Sekian, harap maklum.

Cetak E-mel

Kempen Kesedaran Kanser, Saringan Kesihatan & Kutipan Derma bersama MAKNA

Dimaklumkan satu program akan diadakan anjuran UDM bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) sepertimana ketetapan berikut :


Program : Kempen Kesedaran Kanser, Saringan Kesihatan & Kutipan Derma Bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Waktu    : 8.00 pagi, 21 Oktober 2009 (Rabu).

Tempat  : Dewan Al-Muktafibillah Shah, UDM Kampus KUSZA.

 

Semua warga UDM dijemput hadir.

 

Cetak E-mel