• Utama

Logo UniSZA

RASIONAL WARNA
 
-HITAM-
Melambangkan keteguhan dan ketegasan
 
-PUTIH-
Melambangkan kesucian, bersih, jujur dan tulus
 
Kedua-dua warna hitam dan putih ini merupakan warna rasmi negeri Terengganu
 
-KUNING-
Melambangkan kemuliaan, kemegahan dan kebijaksanaan
 
-KELABU-
Melambangkan keseimbangan
 
 
 
PENGGUNAAN REKA BENTUK BUNGA PADI
 
-LINGKARAN BUNGA PADI BERWARNA KUNING-
Melambangkan asas budaya Melayu yang subur serta menggambarkan institusi ilmu
yang bernaung di bawahRaja Berdaulat dan baginda ditaati sepanjang masa
 
-IKATAN TIGA DI BAWAH BUNGA PADI-
Melambangkan ikatan perpaduan antara tiga kaum yang utama di Malaysia
 
 
 
REKA BENTUK MUKA TAIP
 
-HURUF UniSZA-
Secara keseluruhannya, ia memperlihatkan kelancaran perjalanan yang boleh diintrepitasikan
sebagai kelancaran dari sudut perancangan hingga kepada perlaksanaan
 
-HURUF i-
Membawa maksud Islam dan Satu, manakala titik pada huruf 'i' bermaksud fokus.
Huruf 'i' juga merupakan garis panduan nisbah reka bentuk logo, seperti mana Islam adalah
rujukan dan panduan hidup
 
-HURUF S-
Memberi makna rantaian dan uniti. Ini menjelaskan bahawa perlaksanaan program dan aktiviti
UniSZA berlandaskan kepada hubungan dengan pelbagai pihak
 
 
PENERAPAN ELEMEN-ELEMEN  YANG BERCIRIKAN ISLAM

-BULAN dan BINTANG-
Melambangkan Agama Islam yang menjadi junjungan, pegangan dan cara hidup masyarakat UniSZA
 
-BUKU-
Membawa maksud penerokaan dan penyebaran ilmu demi kegunaan sejagat berdasarkan
kepada Kalamullah yang bersifat suci, bersih, bertamadun serta kesesuaian p
enggunaannyadisepanjang zaman
 
-PERISAI-
Bermaksud pertahankan Islam dan ilmu bagi mengekalkan UniSZA menjadi khazanah
gedung ilmu yang terunggul dan dirujuk
 
-CORAK GEOMETRIK ISLAM (ARABESQUE)-
Merupakan kesinambungan daripada logo KUSZA terdahulu yang diolah semula selari dengan peredaran
zaman dan merupakan corak asas seni bina Islam. Gabungan bentuk lapan kelopak ini melambangkan
teras perpaduan dan integriti masyarakat UniSZA. Lapan bucu bintang melambangkan lapan nilai murni yang
diterapkan di UniSZA yang menjadi garis panduan hidup untuk berjaya di dunia dan akhirat.
 
Nilai-nilai murni tersebut ialah Ilmu, Iman, Amal, Syaja’ah, Qana’ah, Istiqamah, Toleransi dan Muafakat.

Cetak E-mel