jata Portal Rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
Cetak

Sejarah Penubuhan

Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Kronologi penubuhan UniSZA:

  • 1980 - Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ditubuhkan dan beroperasi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu
  • 1985 - Perletakan batu asas penubuhan KUSZA di Gong Badak oleh Dulu Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

  • 2005 – Pengumuman penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) oleh  Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005

  • 2006 – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) mula beroperasi pada 1 Januari 2006

  • 2010 – UDM ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada bulan 13 Mei 2010