Visi, Misi, Moto, Nilai Teras & Nic

VISI

Universiti Islam Integrasi Kontemporari

MISI

Melahirkan insan holistik dengan nilai-nilai Naseem melalui pendidikan cemerlang dan penyelidikan berimpak tinggi dalam memperkasakan masyarakat

MOTO

Ilmu Demi Faedah Insan
(Knowledge for the Benefit of Humanity)

NILAI TERAS

i. Ilmu
Seorang ilmuwan berorientasi tindakan yang menjalankan penyelidikan dalam pengajaran berpandukan ilmu pengetahuan kontemporari untuk menyelesaikan isu semasa dan relevan serta  mampu dikomersilkan.

ii. Iman & Akhlaq
Seorang individu yang memiliki visi serta nilai peribadi luhur yang tinggi.

iii. Amal
Seorang individu yang bertanggungjawab serta jujur yang cakna dan menyumbang kepada masyarakat.

iv. Kepimpinan (Qiyaadah)
Seorang pemimpin yang dinamik serta pragmatik yang berani membawa perubahan serta  memimpin dengan jiwa.

v. Kolaborasi (Ta’awun)
Seorang individu yang mampu bekerja dalam pasukan dan memiliki kecekapan berkomunikasi serta mampan dalam membina rantaian hubungan  di peringkat global.

vi. Keusahawanan (Tijaarah)
Seorang usahawan yang cekal serta berjaya.

vii. Transformasi (Taghyir)
Seorang individu yang menyanjung budaya serta didokong oleh minda transformasi yang mampu melonjak kepada autonomi dan bebas kewangan.

vii. Inovasi (Ibtikaar)
Seorang individu yang berfikiran kreatif sejajar dengan letusan teknologi digital .

 

NIC

Peradaban Insan, Perubatan Kejituan, Sains, Teknologi, Pengurusan dan Teknokeusahawanan

*Kelulusan Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah UniSZA Bil.5/2017, 19 September 2017

Print