Bahagian Pengurusan Akademik

 

Ismail bin Musa
Timbalan Pendaftar


PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) adalah sebuah jabatan yang bertanggungjawab mengurus dan menyelaras semua perkara berhubung pentadbiran dan pembangunan akademik Universiti. Di antara fungsi dan peranan utama bahagian ini adalah seperti berikut:

  • Pengambilan pelajar
  • Pendaftaran pelajar
  • Perekodan pelajar
  • Penyelarasan jadual kuliah dan peperiksaan
  • Peperiksaan pelajar
  • Istiadat Konvokesyen
  • Pengeluaran transkrip dan sijil graduan
  • Urusetia mesyuarat Pihak Berkuasa Universiti seperti Senat, Jawatankuasa Penetapan Yuran, Jawatankuasa Rayuan Universiti dan
  • Urusetia Pelantikan Pemeriksa Luar



STRUKTUR ORGANISASI

Bahagian Pengurusan Akademik diketuai oleh Timbalan Pendaftar dan dibantu oleh 23 orang staf yang terdiri daripada 5 orang pegawai tadbir (Kumpulan Pengurusan & Profesional) dan 18 orang staf sokongan (Kumpulan Sokongan dan Pentadbiran). Jabatan BPA diletakkan di bawah Canseleri dan sebarang peruntukan perbelanjaan mengurus adalah mengikut pembahagian peruntukan Canseleri Universiti.   


BPA dibahagikan kepada empat (4) seksyen utama dan satu (1) unit yang mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing sebagaimana butiran berikut:


SEKSYEN KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN

Mengurus dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengambilan dan kemasukan pelajar baru, tawaran program pengajian, pendaftaran,  pengenalpastian syarat-syarat kemasukan yang  meliputi program pengajian di peringkat ijazah pertama dan diploma. Pengambilan dan kemasukan bagi calon ijazah tinggi sama ada ijazah sarjana dan doktor falsafah adalah diuruskan oleh Pusat Pengurusan Pascasiswazah. 


SEKSYEN PENJADUALAN, SISTEM MAKLUMAT AKADEMIK DAN REKOD

Mengurus dan bertanggungjawab menyelaraskan penjadualan kuliah dan peperiksaan untuk semua fakulti yang meliputi program pengajian ijazah sarjana muda dan diploma. Selain itu Seksyen ini juga mengurus dan mengawalselia keseluruhan rekod pelajar bermula hari pendaftaran masuk sehinggalah tamat pengajian. Pengurusan rekod pelajar adalah menggunakan sistem maklumat akademik (SISMAK) dan kini Seksyen ini sedang dalam proses meningkatkan keberkesanan dan keefisienannya.     

Seksyen ini saling bekerjasama dengan pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dalam menjana keperluan laporan maklumat pelajar Universiti seperti jadual statistik sebagaimana dikehendaki oleh Universiti, Kementerian Pengajian Tinggi dan seumpamanya.
 

SEKSYEN PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN

Mengurus dan bertanggungjawab menyelaras perkara-perkara seperti berikut:

  • peperiksaan semester Universiti seperti percetakan kertas soalan, lokasi peperiksaan, tugas pengawasan dan penyeliaan, pemarkahan, mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Fakulti, keputusan peperiksaan, rayuan keputusan peperiksaan dan lain-lain yang berkaitan.
  • pengeluaran transkrip akademik dan sijil pengajian
  • kawalselia struktur pengajian setiap program


SEKSYEN PENGURUSAN DASAR & SENAT

Mengurus dan menyelaras semua perkara berhubung dasar Universiti yang melibatkan hal ehwal akademik yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Universiti seperti Senat, Jawatankuasa Senat, Jawatankuasa Rayuan Universiti, Jawatankuasa Penetapan Yuran dan lain-lain.

Seksyen ini adalah merupakan urusetia kepada mesyuarat Senat Universiti yang diadakan pada minggu keempat setiap bulan. Seksyen ini bertanggungjawab menyimpan dan merekod perkara-perkara dasar dan dokumen Senat Universiti.


UNIT PENTADBIRAN AM

Unit ini adalah merupakan satu Unit yang menyediakan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh Bahagian Pengurusan Akademik. Sebarang peralatan, kemudahan, pembelian dan inventori diselia dan diurus oleh Unit ini termasuklah perekodan kewangan.    

Hubungi Kami

Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
MALAYSIA

Tel    : 09-665 3027/3030
Faks : 09-666 4063

Web :  http://www.udm.edu.my/bpa

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print Email