Unit Audit Dalam

 

Hamdy bin Abdullah
Ketua Audit Dalam

 

Pengenalan

Unit Audit Dalam (UAD) merupakan unit bebas yang ditubuhkan pada Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang pertama pada 25 Februari 2007. Ia memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi organisasi. Ia diberi kuasa untuk melakukan audit ke atas semua rekod-rekod kewangan universiti dan pematuhan terhadap sistem yang telah ditetapkan.


UAD bertanggungjawab bagi menjalankan tugas-tugas berikut:-

Audit Pengurusan Kewangan
Ia merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan PTj untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Sesebuah audit pengurusan kewanan yang komprehensif merangkumi:-
a) Kawalan Pengurusan;
b) Analisis Belanjawan;
c) Kawalan Terimaan;
d) Kawalan Perbelanjaan;
e) Kawalan Pengurusan Aset/Inventori; dan
f)  Pemeriksaan Mengejut.

 

Hubungi Kami

Unit Audit Dalam
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
MALAYSIA

Tel   : 09-665 3037
Faks: 09-666 2566

Web : http://www.udm.edu.my/uad

Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Cetak E-mel