Pusat Pembangunan Akademik dan Kemahiran Insaniah

 

Abd. Rahim bin Ramli
Ketua Pusat


Pengenalan

Pusat Pembangunan Akademik & Kemahiran Insaniah (PPAKI) telah ditubuhkan pada 01 Mac 2007 selaras dengan perkembangan dan pembangunan akademik yang pesat di UDM. Seramai 3 orang staf sokongan dan 4 orang staf Unit Teknologi Pendidikan daripada Sekolah Pengajian Pendidikan ( yang dibubarkan ) telah diserapkan ke pusat ini.


Pusat ini memainkan peranan yang penting dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan pelbagai bentuk perkhidmatan dan program latihan dalam usaha meningkatkan kompetensi dan profesionalisme staf akademik dan juga bakal graduan UDM. Di antara tanggungjawab dan peranan pusat ini ialah:
i)     Meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi staf akademik dalam pengajaran pembelajaran berkesan dan mutu perkhidmatan mereka.
ii)    Merancang, melaksana dan menilai program latihan staf akademik dalam pengajaran dan pembelajaran
iii)   Menjalankan penilaian ke atas kursus atau program latihan yang dilaksanakan.
iv)   Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas untuk pengajaran dan pembelajaran serta penggambaran dan rakaman video.
v)    Merancang, mengurus dan menyediakan program latihan untuk fasilitator ( TOT ).
vi)   Merangka dan menyediakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran dan ketrampilan pelajar.
vii)  Mengurus bililk-bilik kuliah, makmal bahasa dan peralatan pengajaran dan pembelajaran.

 

Hubungi Kami

Pusat Pembangunan Akademik & Kemahiran Insaniah
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
MALAYSIA

Tel   : 09-665 3506
Faks: 09-667 3108

Web : http://www.ppaki.udm.edu.my

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print Email