Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Abdul Hadi bin Ahmad
Pengarah


Pengenalan

Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) adalah satu jabatan yang menjalankan fungsinya sebagai badan yang akan melaksanakan pembangunan fizikal dan penyelenggaraan. JPP juga akan memastikan segala kemudahan yang berkaitan termasuk kemudahan-kemudahan kakitangan Dan para pelajar dapat dibangunkan, diselenggara dan dilengkapkan dengan segala kemudahan serta peralatan yang mencukupi.


JPP kini masih menjalankan operasinya berpusat di UDM Kampus KUSZA, Gong Badak. JPP juga menjalankan operasi di Kampus Kota. Untuk pembangunan akan datang, JPP juga akan mempunyai pelbagai bahagian yang akan menjalankan fungsinya mengikut kepakaran masing-asing yang akan dibina di Kampus Besut.


Secara keseluruhannya, JPP mempunyai 3 fungsi utama seperti  berikut :
i)    
Fungsi Pembangunan
       Membuat perancangan, perangkaan, penyeliaan yang bersepadu selaras dengan kehendak pelanggan dan perkembangan semasa universiti.

 

ii)    Fungsi Penyelenggaraan
       a) Mengawal selia dari semasa ke semasa semua kemudahan infrastruktur di universiti agar sentiasa dalam keadaan selamat, selesa, bersih dan bebas daripada kerosakan yang boleh membahayakan serta menjejaskan keperluan pengguna/pelanggan serta imej UDM.
       b) Mengawal selia dari semasa ke semasa semua asset dan inventori JPP supaya dalam keadaan baik dan sempurna.

 

iii)   Fungsi Pentadbiran & Perkhidmatan
      a) Mengurus, menyelia, memproses dan memantau perlaksanaan aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan bagi semua kemudahan dan infrastruktur di kampus-kampus universiti.
       b) Mengurus, memproses dan memantau perlaksanaan sebarang aktiviti persidangan/majlis rasmi bagi semua bahagian di universiti.
       c) Mengurus, menyelia dan memantau semua asset, inventori dan utiliti universiti.

 

 

Hubungi Kami

Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
MALAYSIA

Tel   : 09-665 3009
Faks: 09-666 2162

Web : http://www.jpp.udm.edu.my

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print Email